Friday, April 6, 2012

Mak Lampir Tunjuk Kuasa. Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang Dipecat Serta-Merta??..Aduhai Cantiknya PKR Ni.....

JANGAN cuba-cuba buat komen atau menghentam pemimpin tertinggi PKR. Alamatnya kena tendang dan dipecat serta-merta. Itulah yang terjadi kepada Ketua Penerangan PKR cabang Ampang, Mohd Isa Saidi. Ekoran mulutnya yang lantang, mendesak Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali keluar parti kerana isu saham bernilai jutaan ringgit yang Azmin dan isteri dapat, akhirnya, dia yang kena tendang. Aduhai..kesian si Mohd Isa.

Yang syoknya tu, pemecatan serta-merta Mohd Isa datangnya dari Ketua PKR cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin atau terkenal dengan nama 'Mak Lampir'. Beliaulah yang mengeluarkan surat dan tendang Mohd Isa serta-merta, bukannya dari Presiden PKR, Wan Azizah. Hebat..hebat si Mak Lampir ni. 

Menurut sumber, Mohd Isa menerima surat pemecatan daripada Ketua Cabang PKR Ampang bertarikh 2 April 2012, lebih kurang jam 3.00 petang, lebih kurang begitulah.  Cerita dari mulut Mohd Isa, surat pemecatan beliau diletakkan di dalam peti surat, bukannya diberi dengan tangan. Mengikut kata bekas Ketua Penerangan PKR ini, bukan dia sahaja dipecat, malah separuh daripada Jawatankuasa PKR Cabang Ampang dipecat sejak Mak Lampir memegang jawatan tersebut.

Dipihak Mak Lampir pula, IBM mendapat maklumat, kononnya Mohd Isa digugurkan sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang, kerana dia (Mohd Isa) telah di istiharkan 'muflis' dan beliau tidak layak mengeluarkan sebarang kenyatan media mewakili parti, apatah lagi mengkritik pemimpin-pemimpin atasan parti. Maka, dari sini, sudah jelas, PKR bukanlah sebuah parti yang benar-benar berjuang untuk ahlinya mahupun rakyat.

Kepada sesiapa diluar sana tu, samada masih didalam PKR atau PR, begitu juga kepada Mohd Isa Saidi, tinggalkan saja PKR, keluar berama-ramai. Kan dapat apa-apa pun. Parti PKR ini ditubuhkan semata-mata nak menyelamatkan 'maruah' Anwar Ibrahim, dan kita semua maklum bahawa parti PKR ini adalah parti 'anak beranak'. Jom tinggalkan PKR, keluar..buka seorang, tapi beramai-ramai. Kita tengok nanti, mata Mak Lampir dan kuncu-kuncunya di Ampang 'merah menyala' bak 'mata Lamsuir'. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

4 comments:

  1. Mana ada amalan demokrasi didalam parti PKR dan PAS mereka mengamalkan amalan rimba..setiap kata dan perbuatan pemimpin atasan tak boleh disanggah dan dikritik ..kalau berdegil alamat akan disingkirkan dengan alasan orang yang mengkritik tersebut telah dibayar upah oleh UMNO. Perkara yang sama juga berlaku terhadap Hassan Ali. Ianya berbeza dengan UMNO..ahli dibenarkan mengkritik pemimpin atasan dan tidak dikenakan sebarang tindakan malah kritikan yang dilakukan akan diperhalusi diperingkat jawatankuasa.

    ReplyDelete
  2. Salam Anak Lenggong,

    Memang btl. IBM setuju tu. PKR tidak mengamalkan demokrasi. Itu sebab mereka suka 'berdemo'..dimana2 dan bila2 masa sahaja. Yang boleh bersuara pemimpin peringkat tertinggi sahaja. Memang itulah dasar 'sial' PKR dan seketu2nya. Syukur ianya tidak berlaku di dlm UMNO.

    ReplyDelete
  3. MANA HAK KEBEBASAN BERSUARA???? PARTI KENCING RAKYAT... ADUHAI BANGSAKU MASIH SENANG TERTIPU DENGAN LAKONAN PEMIMPIN BUTA KAYU...

    ReplyDelete
  4. Salam Pencinta Bangsa,

    Memang ramai lagi bangsa kita yang senang ditipu oleh 'Parti Kencing Rakyat'..tak tahu lah bila mereka akan sedar. Mungkin bila negara telah dijajah kembali oleh bangsa asing, tapi masa tu dah terlambat. Bangunlah wahai bangsa ku....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...