Sunday, February 10, 2013

Erat Perpaduan Menerusi 'Rumah Terbuka'....


GONG XI FA CHAI


[Tradisi rumah terbuka sempena perayaan Tahun Baharu Cina harus digunakan sebagai peluang bagi mengeratkan perpaduan di antara rakyat Malaysia, kata Ahli Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.  Katanya, rumah terbuka juga dapat merapatkan lagi jurang sesama rakyat dan membantu mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. "Tradisi rumah terbuka juga dapat menggambarkan bahawa rakyat Malaysia bersikap terbuka, menyayangi kemesraan dan keamanan.



 "Sempena Tahun Baharu Cina, diharap semua rakyat Cina bukan sahaja membuka rumah mereka, tetapi juga membuka minda dan hati agar bersikap lebih prihatin dan saling menghormati antara satu sama lain," katanya dalam kenyataan.Lee yang juga aktivis sosial turut menyifatkan Malaysia sebuah negara unik kerana perayaan sesuatu kaum diraikan bersama kaum lain, sekali gus menjadikan ia perayaan untuk semua rakyat. Katanya, semua rakyat harus menggunakan setiap peluang yang ada untuk memperkukuhkan semangat perpaduan menerusi apa jua aktiviti kemasyarakatan.]

P/S ~ Selagi Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan, insyallah budaya rumah terbuka ini akan diterus dan dikekalkan demi untuk mengeratkan perpaduan di antara rakyat Malaysia. Kita 1 Malaysia. Tapi, pembangkang, terutamanya DAPigs meungkin berpandanga lain. Faham-faham le maksud IBM tu ye. Tak mustahil DAPigs akan buangkan semuanya tu sekiranya mereka berkuasa. Rakan kongsi DAPigs, Pas dan PKR akan mengganguk kepala tanda setuju. Apa nak buat dah terpaksa. Jadi Pak angguk je lah.  Hehehe. IBM bukan nujum pak belalang, tapi IBM dapat rasakan ianya boleh berlaku. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...