Orang ramai dijemput memeriahkan sambutan majlis Rumah Terbuka Malaysia sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2013 di Puchong Utama, Sabtu ini. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata majlis itu akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Persembahan Majlis rumah Terbuka Malaysia yang peretma kali diadakan di Puchong ini, unik kerana ianya menyerapkan budaya 1 Malaysia, kata Datu Seri Rais kepada pemberita selepas menyaksikan raptai Majlis semalam. Majlis anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu adalah kesinambungan kepada rumah terbuka yang diadakan sebelum ini.
Pengisiannya juga lebih muhibbah dan memberi gambaran sebenar konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri dengan penglibatan pelbagai kaum pada Majlis itu. Jadi, Datuk Seri Rais minta kita semua rakyat Selangor, khususnya di Puchong, sama-sama turun dan memeriahkan Majlis pada Sabtu ini yang diadakan bersebelahan Pasaraya Carrefour Puchong.
Janganlah pulak ada pihak yang cuba nak sabotaj majlis ini. Jom kita ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA