Monday, February 25, 2013

PENCEROBOH DI HANTAR PULANG. RANCANGAN ANWAR GAGAL!!



[KUALA LUMPUR - Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu. Kapal yang bernombor AT296 itu belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam tadi. Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina dalam satu kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila semalam.
Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah serta keluarga mereka dan pada masa yang sama pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan. "Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya. Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air."
Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino serta sukarelawan dan petugas perubatan. Pada 12 Februari lalu, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu. Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Sulu dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.
Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas dan kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas untuk meninggalkan negara ini. Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. - Bernama]
P/S : IBM pasti dengan pengunduran dan di hantar pulang pasukan bersenjata yang menceroboh Lahat Datu pada 12 Februari lalu, sedikit sebanyak menjejaskan rancangan Anwar untuk membuat huru-hara semasa pilihan raya umum-13 (PRU ke-12) nanti. Itulah yang dilaporkan oleh Media Filipina tentang perlibatan Anwar di dalam isu ini. Tak semesti apa yang kamu rancangkan akan menjadi wahai Anwar, pengkhianat bangsa, agama dan tanah air. Tuhan itu maha adil. 

Pemimpin macam Anwar ni kah yang benar-benar layak untuk memimpin negara dan menjadi Perdana Menteri??. Jangan ulangi lagi kesilapan kita pada PRU 2008. Amat menyeksakan. RENUNG-RENUNGKAHLAH ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...