Monday, February 11, 2013

PDRM : Pasti Tiada Campur Tangan Asing Dan 'Arab Spring' Pada PRU-13 Nanti!!


[Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak jika terdapat campur tangan pihak asing semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid (gambar) berkata sehingga ini polis sedang memantau kemungkinan itu. "Setakat ini tiada maklumat pihak asing campur tangan dalam hal berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai keselamatan jalan raya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak tentang kemungkinan berlaku campur tangan asing dalam PRU-13 berasaskan keadaan politik semasa. Mengenai kebimbangan kemungkinan pihak pembangkang mahu melakukan kegiatan 'Arab Spring' jika tewas pada PRU-13, beliau yakin ia tidak akan berlaku kerana tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan keselamatan negara semakin meningkat. Katanya, Polis sudah sedia untuk menghadapi PRU-13 dan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut undang-undang yang digariskan.]


P/S ~ Kalau berlaku juga 'Arab Spring' ni, polis sudah tentu tahu siapa yang hendak dicari. Kepada pembangkang, hentikan niat jahat korang semua tu. Tiada faedahnya. Polis ada kekuatan bagi menentang korang semua sekiranya ianya berlaku. Berhati-hati. Jangan cuba bermain api, kelak akan membakar tangan, ops!...bukan saja tangan, seluruh badan akan terbakar, maka buruk padahnya. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...