Sunday, February 3, 2013

Polis Pencen Ni Kata PR Akan Menang PRU Ke-13, Puuiiii!!

KERANA beliau di kecewakan oleh majikannya (PDRM) selepas bersara, maka beliau mengambil keputusan untuk menyertai PAS. Apa bentuk kecewanya tidak dijelaskan dengan terperinci. Tiba-tiba je beliau mengambil keputusan menyertai Pas, seolah-olah bekas majikannya (PDRM) telah membuat kesalahan yang besar terhadapnya. Ini bermakna, semasa beliau menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, beliau sudah mula berjinak-jinak dengan politik. Tunggu masa saja, beliau terus menyertai Pas.

IBM tak nak komen atau korek panjang-panjang tentang krier politik beliau bersama Pas, tapi, muskil dengan tindakan beliau yang seolah-olah bagikan 'kacang lupakan kulit'. Beliau lupa akan segala kesenangan dan kemudahan yang kerajaan atau PDRM telah beri pada beliau. Apa kesenangan dan kemudahan yang Pas bagi kepada beliau pada masa ini? Ada juga desas-desus yang IBM dengar, beliau kecewa dan menyesal menyertai Pas, tapi, beliau nafikan baru-baru ini.

Nak Tanya, Mana Datuk Fauzi dapat duit sebanyak RM5 juta beli banglo ni?

Semalam, ketika berucap dalam satu program bersama pemimpin tertinggi Pas di Ampang, beliau begitu komfiden bahawa PR akan menang pada PRU ke-13 dan akan membentuk kerajaan tanpa sebarang kekacauan berlaku. Ini, jelas beliau betul-betul sudah terikat dan jatuh hati pada Pakatan rakyat (PR) dan berpatah arang kepada kerajaan, sekali gus membantu PR bagi memenangi pilihan raya ke-13 dan menubuh kerajaan baru. 

Cerita lanjut tentang kenyataan Datuk Fauzi ni baca [KLIK DISINI]. IBM malas nak komen lagi, korang baca dan fikirlah sendiri. Ikhlas dari saya ~ IBM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...