Monday, February 4, 2013

PM Ajak Kita Kekalkan Nilai, Budaya Dan Sikap Masyarakat. Jangan Ikut Pembangkang ~ Pemusnah Masyarakat!!


[PERDANA MEENTERI Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat bahawa adalah penting untuk menyedari bahawa masa depan negara bergantung kepada sistem, nilai, budaya dan sikap masyarakat. Beliau berkata lagi kukuh nilai, budaya dan sikap masyarakat, maka ini lebih menjamin kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang tersohor dan paling hebat di dunia.

"Kejayaan sesebuah negara tidak tertakluk semata-mata kepada bangunan pencakar langit, kemudahan asas, kilang berteknologi tinggi, peningkatan per kapita tetapi pada hakikatnya kita membina sebuah negara bangsa dan kita membina sebuah peradaban.

"Bila kita melihat dari sudut tersebut, maka transformasi sosial berdasarkan kepada perubahan dari segi sistem, nilai dan budaya keseluruhan kita termasuk sikap adalah merupakan salah satu daripada faktor penting mengapa setengah negara lebih maju dan setengah negara kurang maju," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran My Beautiful Malaysia di Taman Medan semalam.

Sambil mengakui bahawa agenda transformasi sosial tidak semudah transformasi kerajaan, ekonomi dan politik yang boleh dilihat dalam masa pendek, Najib berkata beliau yakin hasrat itu menjadi kenyataan sekiranya rakyat terus mempunyai semangat yang tinggi dan mahu merubah sikap yang tidak baik kepada lebih baik. "Ini semua boleh kita lakukan untuk mencapai apa yang saya harapkan yakni perubahan kepda diri kita sendiri kerana bila kita sebut tentang nilai, budaya ia adalah sesuatu kepada diri kita, pada tubuh badan kita.

"Kalau ini kita dapat meresap dalam lubuk hati dan jiwa, kita sebatikan seolah-olah darah daging kita, bangsa Malaysia tetap akan berjaya," katanya. Dalam pada itu, Datuk Seri Najib turut melahirkan rasa syukur dan yakin dengan golongan orang muda di Malaysia yang boleh diharapkan untuk menggerak negara pad masa depan.]

P/S ~ Berkat doa dari semua rakyat, insyallah transformasi yang PM ilhamkan akan berjaya dan kesenambungan akan dilakukan oleh golongan muda sekarang ini (belia). Tapi, awas, pembangkang sentiasa mengintai peluang untuk mengagalkan transformasi murni yang diilhamkan oleh PM kita. Ayuh, kita teruskan perjuangan yang belum selesai. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...