Monday, February 4, 2013

Oh Tidak!! Pengundi India Sudah Serik Dengan Janji Pembangkang...PRU-12 Jadi Saksi...

Pembangkang Tak Tentu Hala Dibuatnya Disebabkan Mungkir Janji Yang Dibuat Oleh PKR Semasa Kempen PRU-12....Mungkin Janji Baru Akan Keluar Pada PRU 13. Apa Lagi Pula Nak Dikota Lagi Lepas Ini?..Inilah Masanya Masyarakat India Harus Tahu Siapa Tolong Siapa?

[Desperado pakatan pembangkang turut memanipulasikan masyarakat India dalam percaturan politik sebagaimana pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, kata Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan.
Jelasnya, antara faktor kejayaan pakatan pembangkang memperoleh undi yang banyak sehingga dapat menawan lima negeri pada PRU ke-12 lalu adalah disumbangkan oleh masyarakat India yang terpengaruh dengan janji-janji mereka dan taktik ini kembali digunakan menjelang PRU ke-13.
“Jika pada 2008 lalu, masyarakat India dimomokkan oleh mereka dengan perhimpunan jalanan sebagaimana yang dilakukan oleh HINDRAF selain janji-janji pembelaan yang mana dapat dilihat di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang tetapi kemudiannya apabila mereka mendapat kuasa maka semuanya tidak dilaksana malah kata-kata yang mengguris hati dan memperkecilkan undi bangsa ini diluahkan,” katanya kepada UMNO-Online.
Lagi Kaum India Ditipu Pembangkang

Ujarnya, perkara lalu menjadi tauladan bagi masyarakat India lantas mereka sekarang telah kembali memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kerana sedar bahawa hanya parti tersebut yang memberikan pembelaan dan melontarkan kata-kata atas keyakinan bahawa setiap janji akan ditunaikan.
“Cukuplah sekali pakatan pembangkang diberikan peluang kerana telah terbukti bahawa mereka gagal menyelesaikan masalah yang dibawa oleh rakyat sebaliknya mereka hanya memperbesarkan saja isu terbabit untuk dijadikan sebagai bahan propaganda tapi tiada penyelesaian.
“Ini amat berbeza dengan pendekatan yang dilakukan oleh BN kerana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab BN tidak memperbesarkan isu yang ada sebaliknya membantu menyelesaikannya dengan cara yang berhemah dan amat menyenangkan.”
Tambahnya, jika sebelum ini anggota pakatan pembangkang hanya memperguna kaum India bagi kepentingan politik, kuasa dan kedudukan mereka maka ia tidak mungkin akan berulang buat kali kedua.
“Pakatan pembangkang cuba menggunakan isu kaum India sebagaimana kononnya mereka mendakwa 300,000 orang yang masih tidak mempunyai dokumen sedangkan kelompok yang dibawa berhimpun ke Putrajaya adalah mereka yang terdiri dari pekerja asing dan kebanyakkannya bukan orang tempatan.
“Semakin dekat PRU ke-13 maka pakatan pembangkang semakin terdesak mendapatkan sokongan sehinggakan mereka menggunakan sekumpulan individu bagi memperlihatkan kepada orang ramai kononnya mereka melakukan pembelaan kepada bangsa India.”
Banyak Lagi Rupanya Janji-Janji Pakatan Rakyat Pada Kaum India...
Tegasnya lagi, sememangnya masyarakat India amat kecewa dengan pakatan pembangkang dan sedar bahawa mereka diperguna semata-mata kepentingan politik sedangkan kebajikan yang dijanji tidak dilaksana.

“Pakatan pembangkang juga sedar bahawa sokongan masyarakat India kepada mereka semakin berkurang lantas mereka sengaja membangkitkan isu-isu lapuk untuk kembali menarik sokongan mereka walhal telah nyata bahawa BN melaksanakan kebajikan rakyat tanpa sebarang pura-pura apatah lagi banyak pembaharuan yang dilaksana selain memperbetulkan pelbagai kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.”
Dilaporkan, sebelum ini Ahli Parlimen PKR (Sungai Petani), Johari Abdul pernah menyatakan bahawa pakatan pembangkang mampu mengekalkan kuasa di Kedah tanpa sokongan kaum India yang secara tidak langsung menafikan pembabitan bangsa ini dalam PRU.
Lebih buruk lagi, janji manis pakatan pembangkang beberapa ketika sebelum PRU 2008 yang secara terbuka menyatakan komitmennya bagi menyelesaikan isu kampung Buah Pala namun malangnya penempatan yang dianggap sebuah kampung tradisi ini dirobohkan]. – MediaUMNO 

P/S ~ Ingatan kepada pengundi-pengundi India, jangan sampai pisang berbuat dua kali. PRU-12, sudah cukup menjadi pengajaran kepada kita semua. Jangan tersilap pangkah lagi. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...