[SEGALA kemajuan yang dikecapi rakyat dan negara hari ini, hasil kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menerusi gagasan 1Malaysia dan pelan transformasi telah menyebabkan pembangkang berasa iri hati. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, akibat perasaan itu pembangkang kini berusaha keras 'meracuni' pemikiran rakyat agar menukar kerajaan pada pilihan raya akan datang. "Kita perlu ingat, apa kerajaan telah buat. Bagi masyarakat Cina kerajaan telah peruntukkan lebih RM180 juta untuk sekolah-sekolah Cina untuk dibantu secara amnya atau khasnya," katanya ketika berucap pada majlis sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Jelebu, di dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Hua.
Datuk Seri Dr Rais yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata, pembangkang juga berasa tidak selesa dengan kejayaan Perdana Menteri membawa kemajuan dalam bidang ekonomi sehingga negara ini diyakini pelabur asing. "(Negara jiran) Singapura pun lihat Malaysia semakin maju, dan mereka telah menanam modal di Iskandar Johor dan mereka telah membeli banyak rumah-rumah di kawasan tersebut," katanya. Katanya, senario itu jelas menunjukkan rakyat negara tersebut mempunyai keyakinan tinggi terhadap ekonomi negara ini di bawah pimpinan perdana menteri.]
P/S ~ Tahap iri hati pembangkang ni terhadap Najib dah sampai ke maksimum. Mereka cuba berbagai cara, taktik, tapi, rakyat dah faham dan lali. Pi jahanam le korang semua (pembangkang). Akan sampai juga hari yang mana rakyat akan menghukum pembangkang haram jadah ni. buat mengabihkan boreh jo, kato orang nogeri. Salam sayang dari ~ IBM
~ RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ~
TERIMA KASIH KERNA SUDI MEMBACA