Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam yang menghilangkan diri sejak 2009 dan pulang hari ini, sedia bekerjasama dengan Deepak Jaikishan bagi merungkai misteri pembunuhan Altantuya Shariibuu walaupun mengakui keberatan untuk berbuat demikian. Menurut sumber, P Balasubramaniam (PI Bala) bekas penyiasat persendirian akan tampil mengadakan sidang akhbar di forum ‘Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya’ esok, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).
Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India. Tidak pula di beritahu sama ada beliau akan membuat pendedahan siapa yang mengarahkan untuk membunuh Altantuya Shaarlibuu. Cuma untuk merungkai misteri di sebalik pembunuhan gadis Mongolia itu.
IBM tertanya-tanya, apa motif sebenarnya kepulangan P Balasubramaniam dan kenapa dia pulang di saat-saat pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) yang kian hampir?....dan siapakah yang mengarahkan beliau pulang dan di sebelah manakah stand P Balasubramaniam ini? IBM rasa bukan IBM saja yang rasa curiga di atas kepulangan si Bala ini, malah mungkin rakyat jelata pun berasa curiga di atasa kepulangan beliau.
Apapun kita tunggu perkembangan seterusnya, dan apakah kesudahan episod pembunahan Altantuya ini. Pada firasat IBM, sudah tentu pembangkang mempunyai kaitan dengan kepulangan si Bala ini dengan tiba-tiba. Adalah si bala ini akan dijadikan 'kambing hitam' oleh pembangkang bagi tujuan dan agenda jahat mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13 yang kian hampir ini?
Itu, mereka (pembangkang) saja yang tahu. Bagai IBM, kalau itulah sebahagian modal pembangkang untuk menang di PRU ke-13 nanti, hentikanlah. Sia-sia saja perbuatan korang tu. Yang benar tetap benar, yang salah akan terbongkar nanti. Janglah cuba-cuba nak bermain api, kelak tangan yang terbakar. Fikir-fikirkanlah dan RENUNG-RENUNGKANLAH ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA