Saturday, April 14, 2012

Jones Azam Bawa LIVERPOOL Ke Pentas Akhir Piala FA Inggeris!!

SEMBANG-SEMBANG BOLA..........

BRAD Jones mula menjadi perhatian selepas menyelamatkan penalti pemain Blackburn, Yakubu Aiyegbeni ketika Liverpool menang 3-2 di Ewood Park, baru-baru ini.


LONDON - Pertembungan separuh akhir Piala FA di antara dua musuh Merseyside, Liverpool dan Everton di Wembley hari ini bakal diwarnai dengan kehadiran Brad Jones yang akan memikul tanggungjawab penting mengawal gawang Reds bagi memastikan laluan ke pentas akhir.

Penjaga gol Australia 30 tahun itu yang merupakan penjaga gol ketiga Liverpool yang semakin mendapat perhatian selepas penggantungan dua penjaga gol pilihan utama, Pepe Reina dan Alexander Doni.

Reina digantung kerana menerima kad merah ketika Liverpool kalah 0-2 kepada Newcastle minggu lalu manakala nasib yang serupa menimpa penjaga gol kedua Doni ketika Liverpool menang 3-2 ke atas Blackburn.

p/s : IBM Kata, "sebagai peminat setia The Reds, IBM yakin Liverpool akan melangkah kaki ke pentas final dan sekali gus menjadi Juara."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...