Wednesday, June 6, 2012

Sertai Politik : Apa Kata Artis??...


SUDAH menjadi trend dan ikutan zaman kini, golongan artis dilihat berminat untuk menyertai dunia politik.  Bukan sahaja menyertai parti pembangkang seperti Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah ada di antara mereka mula mendaftar sebagai ahli Umno.
Baru-baru ini, tiga penyanyi legenda, amy Search, Mus May dan Ibnor Riza, secara rasminya menjadi ahli Umno selepas menyerhkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh. Selain mereka, beberapa seleberti seperti Afdlin Shauki, Harun Bachik, Zed Zaisdi, Adam AF, Ezani Nizariff, Awie, Jamal Abdillah, Datuk AC Mizal dan Radhi OAG, turut menyertai Umno.
Sementera itu, pelantum Janji Manis mu, Aishah, Dayangku Intan, Bob Lokman dan Zuar XPDC pula memilih parti pembaangkang, Pakatan Rakyat (PR). Bagaiman pula dengan selebriti yang lain? Apakah mereka bakal mengikut jejak rakan-rakan mereka ini unutk menyertai dunia politik?..Jom kita tanya dan tinjau apa kata mereka! :
Zizan Razak 

"Pada saya, lebih baik sekiranya golongan artis tidak terlibat dalam dunia politik. Ia mungkin akan mengundang pelbagai reaksi di kalangan masyarakat. Buat masa ini, saya tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti secara rasmi, cukuplah sekadar kita menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat melalui undi. Lagipun, saya masih tidak memahami dunia politik dengan lebih arif."

Shila Amzah
"Tahun ini adalah pertama kali saya layak untuk mengundi. Namun, undi adalah rahsia dan keluarga saya amat menitik beratkan hali ini kerana satu undi mampu mengubah segala-galanya. Saya bercadang untuk menyerahkan borang keahlian tidak lama lagi kerana bagi saya, kita harus menjadi penggerak kepada masyarakat. tidak salah sekiranya golongan artis terlibat dalam politik kerana iia adalah hak asasi sebagai warga negara. Terpulanglah kepada individu itu sendiri."

Diana Amir

"Saya tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat untuk mengundi, namun untuk lebih dari itu, saya tidak terfikir lagi. Lagipun, saya masih keliru mengenai dunia politik dan tidak tahu mana satu yang harus disertai. Cukup sekadar, saya tahu apa yang saya buat dan faham setiap perkara yang saya pilih. Saya tidak mahu, hanya kerana penglibatan dalam dunia politik, kita akan kehilangan peminat yang menyokong selama ini kerana perbezaan fahaman ini."


Siti Nordiana


"Dari dulu sehingga kini, saya memang tidak pernah terlibat dalam mana-mana parti politik, tetapi saya masih menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara untuk pergi mengundi. Tetapi, saya tidak menolak sekiranya mana-mana parti ingin mendapatkan kerjasama daripada saya. Kini, saya banyak membuat kerjasama dengan badan kerajaan dalam majlis tertentu. Untuk bergiat dengan lebih aktif, mungkin tidak. Tetapi saya tetap menyokong mana-mana parti yang menyenangkan rakyat."


Attilia


"Dua bulan lalu, saya telah menyerahkan borang keahlian di pejabat Umno. Segala urusan, ibu saya yang uruskan. Dunia politik sekarang bukan seperti dulu lagi, begitu juga dengan golongan selebriti. Mereka semakin bijak dalam politik dan ini menunjukkan perubahan yang membanggakan. Artis kini bukan sahaja penyebar muzik, malah mereka lebih peka dengan isu semasa. Inilah yang kita harapkan daripada rakyat kita termasuk golongan selebriti yang mampu menjadi pengaruh kepada masyarakat."


Aizat


"Di luar negara, penglibatan artis dalam politik sudah bermula sejak era 60 an lagi. Mereka menyebarkan fahaman politik dan membidas ahli politik menerusi lagu. Namun, di negara kita, ia sedikit terlambat. Namun, tidak dinafikan, pembabitan selebriti dalam bidang politik ada baik buruknya. Sebagai rakyat, kita harus ada tanggungjawab untuk negara. Namun, buat masa ini, saya masih belum berminat untuk sertai mana-mana parti politik secara rasmi. Mungkin kerana ilmu dalam bidang itu masih cetek dan saya tidak cukup faham mengenai politik."

Komen IBM pada semua artis-artis yang membuat kenyataan di atas dan juga kepada semua artis-artis tanah anir di luar sana. Terpulanglah kepada kamu semua. Kerana, dunia politik ini tidak boleh di paksa-paksa. Minatnya datang dengan sendiri dan bukan di desak oleh mana-mana pihak. Yang penting ialah, menjadi seorang PENGUNDI YANG BERDAFTAR. Kerana apa?...kerana ianya penting, dan mengundi itu adalah hak anda semua bagi mencari sebuah kerajaan yang telus untuk memerintah negara. Jangan sampai tak turun mengundi sudahlah. Rugi..rugi kalau tidak mengundi.

Apapun, tahniah kepada para artis yang telah menyertai Umno. Anda telah membuat pilihan yang tepat, kerana Umnolah satu-satunya parti yang membela nasib rakyat jelata tidak mengira bangsa dan agama. Ikhlas dari saya ~ IBM

SUMBER BERITA : TERIMAKASIH KEPADA SINAR HARIAN

DAN......TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...