Wednesday, June 13, 2012

SAH!! Memang PAS 'Parti Ajaran Sesat'!!!

BUKAN IBM saja yang kata begitu, malah ramai yang menganggap Pas adalah sebuah Parti Ajaran Sesat. Tak payahlah IBM nak berbicara panjang tentang kejahilan pengikut-pengikut Pas ni. Kalian bacalah apa yang tertera di bawah ini. Memang menyesatkan. Terima kasih kepada Selangor Daily Dot Com yang sudi memaparkan al-kisah sebuah parti Islam Se Malaya (PAS) yang semakin hanyut dan menyesatkan.

Jom baca dan fikir-fikirkanlah sendiri :-

Ya  Allah… PAS  Menyuruh  Ahlinya Tangguhkan  Lambaian  Kaabah  Mu…. . . .

Politik marabahaya doktrin fahaman PAS kepada penganutnya mencecah satu lagi tahap kebingungan melampau yang dizahirkan untuk dihadam oleh para “penganut” PAS.
Seluruh negara kini, sekali lagi setelah berkali-kali, diberi peluang untuk menilai akan fahaman PAS yang sebenarnya sangat berkecamuk, gara-gara politik menjadi kiblat, Islam menjadi topeng.
Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS yang membuat kenyataan agar “penganut” PAS yang akan di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Haji tahun ini supaya menangguhkan ibadah mereka itu bagi menghadapi PRU 13 yang mengikut jangkaan mereka sekitar September atau Oktober depan.
Tidak pernah terfikir, apabila PAS tergamak secara terang-terangan mengeluarkan arahan sedemikian rupa.  Ibadah Haji termasuk di dalam rukun Islam, yang wajib kepada mereka yang mampu.  Sedang kemampuan dan seruan telah sampai, parti itu cuba menidakkan apa yang telah diwajibkan.  Masyaallah…
Tidak perlu kita huraikan penyelewengan-penyelewengan lain seperti penggadaian kalimah Allah, isu kafir-mengkafir, “menjual” ayat-ayat Al-Quran kepada harbi, dan berbagai lagi kedurjanaan.
Allah memuliakan “tetamu-tetamuNya” yang hadir ke Tanah Suci, dan mereka yang hadir sudah tentu mereka yang terpilih.  Elok benarlah sekiranya ahli PAS menangguhkan ibadah berkenaan, kerana sememangnya mereka tidak layak andai terus bersama dengan PAS, apatah lagi yang turut angguk-angguk kepada arahan terbaru ini.
Dan jangan pula menyalahkan kerajaan seandainya tidak mempunyai peluang kedua, kerana fakta terkini menyaksikan seramai 900 ribu umat Islam di Malaysia yang menanti giliran untuk menunaikan ibadah berkenaan.
Dalam majlis-majlis ilmu, selalunya kita dihidangkan dengan kata-kata nasihat agar tidak melewat-lewatkan perlaksanaan ibadah, dan perkara-perkara yang baik.  Apatah lagi, dalam isu yang menjadi salah satu tonggak (rukun) dalam Rukun Islam.
Mungkin PAS anggap perkara ini sebagai remeh, kerana syurga telah pun dijanjikan kepada “penganut-penganut” PAS.  Maka, akurlah kepada parti itu, dan jangan sampai parti itu melaknat ahli-ahlinya, kelak binasa.
Ya Allah… Kau selamatkan saudara-saudaraku dari penyelewengan sebegini…
Ya Allah… Janganlah Kau turunkan azab Mu ke atas kami gara-gara penyelewengan ini…
Ya Allah… Kami akan terus berjuang menentang penyeleweng-penyeleweng ini…
Ya Allah… Hanya Kau yang kami sembah, dan Hanya Kau tempat kami memohon pertolongan…
Moga kalian faham dan mendapat pertunjuk dan hidayah segala apa yang dipaparkan seperti di atas. Sekian ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...