Thursday, June 21, 2012

Hanya BN Menjamin Masa Depan Generasi Muda....

 (Gambar sebagai hiasan)

20 AHLI PEMBANGKANG NEKAD KELUAR PARTI

LAGI penyokong-penyokong kuat pembangkang keluar parti. Terkini, seramai 20 anggota Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Kampung Datuk Abu Bakar Baginda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang. Mereka kesal kerana termakan janji-janji manis yang ditabur pembangkang pada pilihan raya 2008 selepas melihat pakatan itu tidak membawa apa-apa pembangunan di negeri Selangor.

Selain itu, keyakinan terhadap corak pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dan sentiasa membela nasib rakyat menyebabkan mereka menyertai UMNO. Bekas ahli Pas, Akhiah Samidin, 57, berkata sewaktu berkempen pada pilihan raya umum ke-12, pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang hanya pandai menabur janji dengan manifesto untuk memperdaya pengundi dan tidak pernah menunaikannya untuk penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda.


Mengikut kata Akhiah, beliau menyertai UMNO secara sukarela selepas menyedari Pakatan Rakyat tidak mempunyai hala tuju jelas untuk membela nasib rakyat. Baru kini sudah sedar, dan, insyallah beliau akan memujuk rakan-rakan lain kembali ke pangkuan UMNO demi masa depan anak-anak kerana hanya BN akan menjamin masa depan generasi muda, katanya kepada pemberita di sini. Seramai 20 orang bekas-bekas ahli Pas dan PKR menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil, Datuk Marsum Paing.

Bagi IBM, ini satu berita yang kurang menyenangkan bagi pembangkang kerana hari demi hari rakyat sudah mula sedar siapa pembangkang sebenarnya, dan mereka telah terbangun dari tidur kerana selama ini mereka di pergunakan oleh pembangkang demi tujuan politik kotor mereka. Maka, mereka mengambil keputusan meninggalkan parti pembangkang dengan menyertai parti Umno/BN parti benar-benar memperjuangkan nasib rakyat. Insyallah, lepas ini kita akan dengar di sana-sini rakyat jelata kan meninggalkan parti pembangkang dan akan bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN).

Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...