Monday, June 18, 2012

4 Impian Najib.......

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak tertarik melihat lukisan kanak-kanak yang memenangi kad tercantik sempena majlis penyampaian hadiah pertandingan melukis kad Hari Guru di Kota Kinabalu, semalam. Turut kelihatan bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (dua kiri) dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai (kanan)

SETIAP insan di dunia ini mempunyai impian. Sebagai orang No 1 negara, Datuk Seri Najib Razak semalam, menyatakan empat impiannya untuk Malaysia dan komited bagi merealisasikannya demi masa depan negara yang lebih baik. Perdana Menteri berkata, impiannya adalah untuk melihat negara ini lebih aman, selamat dan harmoni selain melihat rakyat memperoleh pendapatan lebih tinggi menerusi program transformasi bandar serta luar bandar. Katanya, beliau juga mengimpikan untuk mewujudkan peluang lebih baik kepada rakyat di bawah langit biru 1Malaysia bersama rakannya dalam Barisan Nasional (BN) yang sentiasa komited membantu rakyat.

Impian terakhir beliau adalah untuk mengetuai usaha mewujudkan Malaysia yang lebih baik dan kukuh demi generasi masa depan, katanya berucap di depan lebih 5,000 orang pada majlis bersama rakyat dan upacara pecah tanah Kolej Kadazandusun Murut (KDM) di sini, semalam. Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan.

Najib juga berkata, beliau bukan seorang pemimpin suka berjanji sesuatu yang sukar dilaksanakan dan tidak mahu diingati sebagai pemimpin mungkir kepada janji.  Beliau tidak mahu cakap mengenai pembangkang yang menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala untuk mendapatkan sokongan semata-mata. Anda (pembangkang) boleh memperbodohkan rakyat dengan menipu sekali-sekala tetapi tidak boleh menipu sepanjang masa, katanya.



KOMITED PASTIKAN MASA DEPAN MALAYSIA LEBIH BAIK - NAJIB
Sementara itu di KOTA KINABALU, Najib berkata, program bagi menghargai jasa guru wajar dijadikan sebagai amalan dan tradisi secara berterusan kerana dengan cara itu, guru mendapat penghargaan atas sumbangan mereka. Perdana Menteri berkata, program seumpama itu mampu mencapai dua objektif besar, iaitu memperlihat sumbangan besar golongan guru terhadap masyarakat dan membentuk keperibadian baik seseorang sejak usia awal. Katanya, Guru adalah wira masyarakat atau dalam bahasa Inggeris ‘the unsungheroes in the society’. Tetapi sumbangan mereka kepada masyarakat tidak ketara. “Objektif kedua ialah ia (program) dapat membentuk keperibadian seseorang kerana kita perlukan generasi berpelajaran, berilmu pengetahuan, berperwatakan, mempunyai nilai murni, sikap positif dan perwatakan yang menyenangkan,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Kad Hari Guru Peringkat Negeri di sini, semalam. Pada majlis itu, Najib turut memilih kad ucapan Hari Guru yang dihasilkan seorang pelajar dan membacakannya di hadapan ratusan guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sejurus selepas majlis itu, Najib berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas lawatan dua hari ke Sabah.

Lagi sakit hati le ketua Pembangkang, Anwar si kaki kelentung apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri. Lagi kuat DS Najib berkerja untuk rakyat, lagi sesak nafas Anwar dan nazak macam orang nak mampus.  Apapun, memang liat nyawa orang-orang seperti Anwar ni dan juga geng-gengnya. Tuhan nak lihat mereka-mereka ni buat lebih banyak dosa. Lepas tu..siap le korang. Sekian. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...