Sunday, June 17, 2012

SPRM Terima 'Bukti Baru'. Anwar Kantoi Lagi!!!

 Keratan dari sebuh AKHBAR tempatan

Anwar kantoi lagi. Terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima lagi bukti baru berkaitan pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali daripada ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali. Menurut Ummi Hafilda, bukti tersebut yang berupa beberapa dokumen diserahkan kepada pegawai penyiasat SPRM dalam satu pertemuan dengan mereka di ibu kota, Rabu lalu. Katanya, tindakan pantas SPRM tersebut dibuat ekoran laporan muka depan Utusan Malaysia pada hari berkenaan, mengenai bukti yang ada pada beliau berhubung kes itu.
Saya ada banyak bukti baru tentang akaun itu dan akau-akaun lain yang belum pernah didedahkan. Saya cari waktu yang sesuai (untuk dedah). Kalau terpaksa bantu SPRM dalam siasatan, itu satu tanggungjawab dan saya sedia - Ummi.
Ekoran laporan akhbar tersebut, kata Ummi,  beliau difahamkan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengarahkan pegawainya untuk menemui beliau pada hari itu juga. Pegawai yang beliau temui itu memaklumkan SPRM akan membuka semula siasatan berhubung pemilikan akaun Anwar dan abang kandungnya sendiri iaitu Azmin, berdasarkan bukti baru itu, katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Selasa lalu, Ummi Hafilda mendakwa, beliau 'menyimpan' bukti-bukti baru berhubung pemilikan 20 akaun Anwar serta pemilikan harta Azmin dan menyatakan kesediaan menyerahkannya kepada agensi itu sekiranya diminta berbuat demikian.

Pendedahan itu merupakan reaksi terhadap kenyataan Mustafar bahawa siasatan berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid mengenai pemilikan 20 akaun oleh Anwar akan dijalankan, jika bukti baru yang berkaitan dikemukakan. Sehubungan itu, Ummi Hafilda meminta Anwar, Azmin serta isteri Azmin iaitu Shamsidar Taharin supaya bersedia disiasat oleh SPRM sekiranya diminta berbuat demikian dalam masa terdekat ini. Bagi Ummi, beliau sudah menjalankan tanggungjawabnya  dan sedia berjumpa mereka di mahkamah demi kebenaran, kita tengok apa tindakan mereka selanjutnya, katanya.

Syabas Ummi!!. bukan Ummi saja yang dah tak sabar nak berjumpa muka-muka penyamun dan pengkhianat negara tu di Mahkamah, malah rakyat jelata pun sama. Elok benar Anwar dan kuncu-kuncunya di hadapkan ke Mahkamah dengan segera. Negara aman tanpa Anwar dan kuncu-kuncunya. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...