Friday, June 29, 2012

Sinar Harian Di Beri Amaran Oleh Nizar??

Si Nizar ni atau lebih dikenali sebagai Mat lambai memang dah tak ada kerja lain. Sana-sini merapu, meroyan bagikan ibu ayam kehilangan anak. Dan apa yang dirapukannya tu memang kadang-kadang bolehlah dikatogerikan bagai 'barang lama' yang dah lapuk, dah tak ada nilainya.


Semalam, si Nizar ni membuat kunjungan ke akhbar Sinar Harian di Green Park, Perak, atas tujuan apa dan jemputan siapa, tak siapa yang tahu. Semasa kunjungan beliau di sana, sempat menasihati akhbar tersebut (Sinar Harian) agar mengekalkan pemberitaan secara adil dan telus semasa menjelangnya pilihan raya umum ke-13 (PRU) 13 dan juga pada hari-hari yang lain.

Bagi IBM, itu adalah satu amaran yang dikeluarkan oleh mantan Menteri Besar Perak itu, kerana selama ini, Nizar memang tidak yakin dan kurang percaya pada akhbar yang dikatakan mirip pada kerajaan. Bagi IBM, akhbar Sinar Harian adalah sebuah akhbar yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, walaupun kadan-kala ada juga cerita atau bahan yang mereka paparkan mirip atau berpihak pada parti pembangkang.



Bagi Nizar, kalau boleh beliau mahu agar Sinar Harian memberi ruang seluas-luasnya kepada Pas dan Pakatan Rakyat agar mereka boleh membuat laporan yang berpihak kepada mereka. Ini merupakan satu stretagi Pas dan PR menggunakan akhbar bagi tujuan mereka untuk menghadfapi PRU ke-13 nanti. Mereka akan kontrol dan biayaai akhbar tersebut. Adakah Sinar Harian akan terjebak di dalam perangkap Pas? Walaupun di dalam kunjungan ke pejabat akhbar tersebut, dan didalam ucapannya, beliau mengharapkan agar akhbar Sinar Harian terus memberikan berita yang telus dan tulus kepada rakyat dan berharap menjadi akhbar rujukan utama orang Malaysia khususnya orang Melayu bagi menggantikan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian yang semaki tidak relevan.

Cantik, cantik sungguh ucapan si Nizar ni. Tapi, apa kata sekiranya Sinar Harian memaparkan segala keburukan tentang Pas, memang buruk pun perangai mereka, agak-agak korang, apakah reaksi atau tindak balas dari Nizar dan kuncu-kuncunya terhadap Sinar Harian? IBM yakin, Sinar Harian juga akan menerima nasib sebagaimana yang di terima oleh akhbar-akhbar yang pro kerajaan. 

Oleh itu, kepada akhbar Sinar Harian, berhati-hati bila berhadapan dengan manusia yang bernama Nizar Jamaluddin ini, kerana, hari ini dia puji korang bagi nak gila, besok-lusa dia akan gigit korang balik. Ini bukan hasutan, bukan fitnah, tapi ianya realiti. Mungkin korang tak percaya dan ingin IBM buktikan apa yang IBM cuba katakan, tapi....secara rasionalnya, korang carilah sendiri jawapan, kerana lambat-laun korang tahu juga siapa si Nizar dan Pas, serta Pakatan Rakyat sebenarnya.

Jangan dek kerana nak cari publisiti dan untuk melariskan jualan akhbar korang, korang tersepit dicelah-celah kepembohongan Pas dan rakan-rakan sepejuangannya. Sebarkan berita yang terkini tanpa rasa tertekan atau di tekan oleh pihak yang tertentu kerana kebenaran akan terpanacul akhirnya. Berfikirlah sejenak, kerana sejenak itu boleh merubah segala-galanya, insyallah. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...