Monday, June 4, 2012

Nizar 'Sewel' Tersasul Sebut Tanda Kejatuhan Pas....

Semangat nampaknya Pak lawak seko ni berucap sampai tersasul-sasul. 

Ramai juga pak lawak dalam Pas ni ye. Kelakar tengok bila si sewel dan orang gila jawatan, si Nizar tu tersasul. Keghairahan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berucap mengkritik UMNO di 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Stadium Darul Aman semalam membawa padah.

Ia berlaku apabila Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu tersasul menyebut 'himpunan ini tanda kejatuhan Pas di semua peringkat'. Beliau yang menyampaikan ceramah bertajuk 'Mentalkinkan UMNO' sementara menunggu ketibaan penceramah, Azhar Idrus itu tidak memperbetulkan kesilapan tersebut sehingga akhir ucapannya. Senang je depa bercakap nak talkinkan orang. Kita lihat nanti, siapa yang akan ditalkinkan, Umno ke Pas?


Kesilapan Mohamad Nizar itu turut disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini, selain dimuat turun oleh beberapa blog. Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa berkempen sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok pada tahun 2007 lalu pernah tersasul apabila meminta pengundi memberi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil itu.

Kesimpulanya, memang jelas, Pas terlalu ghairah untuk menamatkan riwayat Umno dan juga terlalu ghairah nak  menawan Putrajaya. Tapi....kepada Pas, IBM nak ingatkan, bukan semudah itu kami nak lepaskan Putrajaya pada korang. Langkah mayat kita orang dulu. Berperang dengan korang ni, dah sebati dengan jiwa dan semangat kita orang. Kita tunggu dan lihat nanti sapa yang kena. Kepada Nizar, teruskan ceramah yang sebegitu, ucapkan sebanyak 10 kali "Pas akan Jatuh di semua Peringkat"....insyallah, Pas akan jatuh dan tak akan bangun-bangun lagi. Salam. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...