Thursday, June 21, 2012

EURO 2012 : Ronaldo, Cech Masing-Masing Tak Mahu Kalah...


SEMBANG-SEMBANG BOLA EURO 2012......


TIDAK dinafikan pertemuan suku akhir antara Republik Czech dengan Portugal, awal pagi esok (pagi ini) membabitkan kelibat antara penjaga gol dilabel terbaik dan penyerang paling berbisa di Eropah. Masing-masing ada stretagi dan masing-masing tak mahu kalah. 

Ketangkas Peter Cech pasti menjadi sandaran utama pasukan ketika detik penting ini menerbitkan segala rasa gelisah macam mana mahu menyekat penyerang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo yang kini tampak kian mengancam sebagai penyerang berbisa ketika ini.

Masing-masing sudah mengetahui kelebihan dan kelemahan ketika pernah bertembung dalam aksi Liga Perdana Inggeris semasa Ronaldo mewakili kelab Manchester United, manakala Cech pula mengawal gawang pintu gol Chelsea. Jelas kejayaan pasukan mereka nanti mungkin berkisar kepada fungsi mereka.

IBM buat ramalan bahawa Portugal mempunyai kelebihan dan akan memenangi perlawanaan tersebut. Bukan kata Republik Czech tak kuat, tapi, pengalaman dan pemain-pemain ternama Portugal menjadi tunggak yang akan membawa kejayaan kepada pasukan Portugal. Jangan lupa bangun pagi nanti (2:45 pagi). Pasti kedua-dua pasukan ini akan menampilkan pemainan yang menarik. Good luck pada Republik Czech dan selamat maju jaya pada Portugal.  #RAMALAN IBM : Portugal 2 Republik Czech 1.

Sekian, dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...