MUHYIDDIN (kanan) mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan ulang tahun ke-100 Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa di Kuala Selangor, Selangor semalam.
ALA.....itu semua gula-gula politik dari kerajaan untuk memerangkap rakyat. Mereka nak mendapat simpati dan sokongan rakyat, maka terpaksalah bagi sekali lagi BR1M untuk kali kedua. Itulah yang akan terpancur keluar dari mulut pembangkang yang terlalu iri hati dan merah mata kerana kerajaan Barisana Nasional (BN) telah mengotakan janji-janjinya. Tidak semacam Pembangkang, cakap tak serupa bikin, janji-janji di manifesto mereka masih banyak lagi yang tertunggak.
Ini telah disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mana beliau telah mencadangkan kepada kabinet supaya kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR!M) buat kali kedua. Insyallah. Katanya, Perdana Menteri, DS Najib tun Razak, nampaknya telah memberi reaksi yang positif tentang hal tersebut.
Diharap rakyat semua dapat berdiri teguh bersama Perdana Menteri kita yang telah bekerja kuat bagi membantu rakyat jelata dan cuba sedaya upaya untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat, terutamanya dari kaum orang-orang melayu. Segala 'Transformasi' yang di ilhamkan oleh DS Najib, telah menampakkan hasilnya.
Oleh itu, tunjukkan kesetian dan terima kasih kalian dan terjemahkan ianya semasa di PRU ke-13 nanti. Sokong dan bantulah kami, Barisan Nasional (BN), kerajaan yang telah lama dan banyak berjaya kepada rakyat. Ini bukan merayu, dan bukan juga mengemis simpati, tapi...realitinya telah nampak, terang dan jelas bahawa kerajaan BN saja lah yang boleh membantu rakyat jelata dan menaikkan taraf kehidupan rakyat negara ini ke tahap yang lebih baik. Nasihat IBM kepada semua, bila dapat bantuan BR!M kali ke-2 nanti, jimat-jimatlah. Dan, jangan lupa berterima kasih kepada kerajaan dan pangkah tu, jangan lupa ye? Sekian. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
salam admin, aku terjumpa komen kau yg tak dapat nk buat fb komen..
ReplyDeletejom ke blog aku, ade tutorial dia.. http://syakila.com/blog
Salam syakila Daniel,
ReplyDeleteThanks for thr infor. I'll......:)