BERUNTUNG betui siapa yang masuk Pas ni ye. Apa tidaknya, yang benggong, bodoh, bahlol, jahil, tiba-tiba jadi bijak dan pandai. Hanya orang-orang yang bijak pandai saja memilih untuk masuk Pas. Nak masuk syurga le katakan. Itu yang IBM dapat khabar tentang selebriti sensasi yang menyertai Pas, Aishah, yang kononnya masuk Pas akan mengubah dirinya dan keluarganya untuk lebih memahami tentang Islam. Bagus le tu.
Tapi...yang IBM tak suka dengar tu apabila Aishah seolah-olah cuba menghasut orang ramai supaya jangan takut dengan helah serta 'propaganda' Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tahu mentadbir negara. Apa yang Aishah maksudkan tu? Dia seolah-olah cuba menimbulkan fitnah dan provokasi bagi pihak Pas untuk menghentam kerajaan yang ada sekarang?
Besar sangatkah dosa kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap Aishah sehingga beliau sanggup berkata sedemekian rupa. Atau ianya bukannya datang dari mulut Aishah sendiri. Kalau bukan, sudah tentu ada master mindnya. Dah tentu le orang-orang Pas. Bila IBM hayati akan kata-kata Aishah tu, ianya seolah-olah hanya Pas sahaja yang boleh memerintah negara ini dengan betul, BN bodoh, Lebih kurang begitulah maksud si Aishah ni.
Bukan itu saja. Baru masuk Pas Aishah dah pandai menuduh pemerintahan BN adalah pemerintah yang zalim dan rasuah. Pa bersih sangat ke? Oleh itu beliau mengajak semua orang masuk Pas kerana orang-orang yang bijak dan pandai saja yang menyokong Pas. Kepala hotak dia. Sambil itu, Aishah juga menasihati supaya kita jangan terlalu emosi dalam politik. Emosi?...sekarang siapa yang emosi ni? Pas ke atau Umno? Sekarang jelas beliau (Aishah) yang terlalu emosi, menuduh kerajaan sekarang yang bukan-bukan.
Kepada Aishah, IBM nak beri tahu, kalau kamu kata kamu masuk Pas untuk memperbaiki diri dalam Islam dan membesarkan anak-anak kamu dengan Islam yang sebenar, itu terpulanglah pada kamu. Tapi...jangan cuba-cuba nak memarakkan 'api' kebencian orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN). Kamu tu mentah benar, baru nak berjinak-jinak dalam politik. Kamu jagalah rumah tangga kamu supaya dapat kembali aman dan tersusun.
Sokong Apa Yang DiKatakan Oleh Mantan PM Kita, Tun Mahathir.
Orang ramai pun tahu juga cerita dan masalah kamu yang sebenarnya. Jangan sampai kain kamu di selak orang. Kalau kamu boleh tembak orang dengan membabi buta, orang pun boleh. Bangunlah Aishah. Sedarlah siapa diri kamu tu yang sebenarnya. IBM sebenarnya malas nak menulis tentang peri hal diri kamu, tapi, IBM terpaksa kerana mulut kamu yang tak BERINSURAN tu. Kamu sebenarnya mencari musuh, bukan kawan. Memang HAMPEHH le kamu ni. Dari seorang selebriti yang di sayangi dan di hormati satu ketika dulu, kini, dah ramai yang mula benci dengan sikap ego kamu setelah kamu menyertai Pas, Parti Ajaran Sesat. Sekian. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA