Saturday, June 9, 2012

RM 3 Billion?...Bukan Sikit Tu. Dari mana Anwar Dapat Duit Sebanyak Itu??

Ana punya wang RM 3 Billion, itu Ana punya hal. Apa korang nak sibuk-sibuk. Wang itu untuk Ana jadi Perdana Menteri. Itulah yang Anwar sedang perkatakan. Agaknya le.

TENGOK dari raut wajah si pengkhinat bangsa dan negara ini tak ada selera nak makan. Meluat sungguh. IBM rasa sudah semestinya rakyat bangkit bersuara, ingin tahu dari sumber mana Anwar dapat mengumpul wang yang sebegitu banyak sehingga mencecah RM 3 Billion seperti yang kita baca di akhbar-akhbar. Berbagai pihak sudah mula mempertikaikan akan jumlah wang yang sebegitu banyak yang dimiliki oleh Anwar. Dan masyarakat perlu menilai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus berdiam diri berhubung akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akaun Ketua Pembangkang itu.

IBM yakin itulah dana yang akan digunakan oleh Anwar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di PRU ke-13 yang akan datang. Dan, beliau memang berhasrat untuk mencapai cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Perkara ini, harus di hentikan dan siasatan perlu dibuat sebelum 'maklaun' seko ni bermaharajalela. Semalam, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), (lupa nama beliau) berkata, tindakan Anwar yang seperti ‘menikus’ itu menimbulkan persoalan kerana beliau sentiasa aktif menjawab dakwaan atau melemparkan tuduhan menerusi Twitter miliknya hampir setiap hari.

Jelas beliau, lagi, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar mempunyai tanggungjawab besar dalam menjawab hal akuan berkanun tersebut kerana segala akaun itu secara logik diperoleh sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an. Sumber yang IBM dapat, perkara ini telah lama berlaku semasa Anwar menjawat Timbalan Perdana Menteri dan juga selaku Menteri Kewangan. Beliau menggunakan kuasa beliau bagi mendapat sokongan dari luar negara, terutamanya rakan-rakannya dari Amerika Syarikat. Dari sanalah beliau mendapat dana bagi tujuan mengulingkan kerajaan di era Tun Mahathir, tapi...tak kesampian. Dia pulak yang kena.

Namun, setelah berhari-hari perkara itu dibangkitkan, Anwar tidak pula menjawabnya sama ada di Twitter atau Facebook sedangkan kita tahu beliau aktif di laman sosial, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Ini jelas, segala apa yang didedahkan oleh bekas Penolong Gabenr Bank Negara Malaysia, Raja Petra Kamaruddin, Datuk Nalla Karrupan dan ramai lagi adalah benar dan ada asasnya. 


Maka, elok benarlah pihak yang berwajib memulakan langkah, mulakan siasatan dan bawak kemuka pengadilan. Kita tunjukkan kepada rakyat siapakah pemimpin yang mengamalkan rasuah dan mengamalkan kuasa-kuasa luar bagi membantu mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang ini. Dan betulkah cara mereka untuk 'merampas Putrajaya' dari kerajaan BN?  Fikir-fikirkan. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...