KERENAH Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Pok Nik memang menyusahkan ramai rakyatnya. Ramai di kalangan rakyat Kelantan mempunyai bakat-bakat di dalam beberapa bidang. IBM nak mengajak rakan-rakan berfikir sejenak, kenapa Pok Nik ni selalu membuat sesuatu perkara yang di luar jangkaan, terutamanya apabila beliau mengeluarkan 'FATWA' yang mengelirukan.
Antaranya, Pok Nik pernah mengeluarkan fatwa bahawa wanita di larang dari berpolitik dan wanita juga di larang dari menyertai Tilawah Al-Quran yang kononnya suara wanita haram di perdengarkan kepada orang ramai (penonton). Ini berlaku lebih 20 tahun yang lalu. IBM masih ingat lagi. Tapi....terkini, Pok Nik membuat satu kenyataan yang agak mengejutkan juga apabila membenarkan pulak wanita di Kelantan menyertai Tilawah dan dibolehkan juga berpolitik.
Perbuatan melarang penyertaaan wanita dari menyertai dalam Tilawah Al-Quran, mengikut pandangan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustafa Mohamed, amatlah merugikan. Ini bermakna wanita Islam Kelantan rugi lebih 20 tahun dalam memberi sumbangan mereka terhadap acara tersebut. Apabila Pok Nik menarik balik fatwanya dan memberi laluan semula kepada peserta wanita menyertai Tilawah bermula tahun depan, amai yang tertanya-tanya, betui ke apa yang Pok Nik katakan tu?
Ini, kerana dasar kerajaan Kelantan Pas dan Pok Nik sendiri sentiasa berubah-ubah berhubung penyertaaan wanita dalam Tilawah Al-Quran. Tidak keterlaluan kalau kita katakan Pas sudah melakukan kesilapan yang amat besar dalam hal ini dan kini terpaksa mengubah penderian tersebut demi kepentingan politiknya. IBM harap, rakyat Kelantan insaf dan sedar bahawa wanita Islam Kelantan mempunyai pontensi di dalam bidang-bidang yang mereka minati, tapi...sayang di sekat oleh kerajaan Pas sendiri kerana terlalu mementingkan diri sendiri dan terlalu ego.
Besar dan tinggi harapan rakyat Kelantan agar Menteri Besarnay tidak buat 'U' turn dan mengeluarkan fatwa yang baru mengharamkan wanita Kelantan menyertai Tilawah Al-Quran. Biarlah kali ini Pok Nik tidak berdolak-dalik dan tidak menyusahkan rakyatnya. Kalau ini berlaku, IBM menyeru kepada rakyat Kelantan agar dapat mengunakan kuasa yang ada di tangan mereka iaitu 'kuasa mengundi'. Maksud IBM, di PRU ke-13 nanti, undilah parti yang boleh menyelesai dan mengetahui masalah rakyat. Faham-fahamlah apa yang IBM maksudkan. Jom tukar kerajaan di Kelantan, insyallah negeri Kelantan akan bertambah maju, rakyat akan terbela. Itu janji kami, janji kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana BN tak pernah mungkir janji. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA