Friday, June 1, 2012

Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 : Impian Malaysia Berkecai!!!

PEMAIN Malaysia, Muhammad Firhan Ashari (depan) cuba melepasi kawalan pemain New Zealand di Ipoh, semalam. 

SEMBANG-SEMBANG SUKAN.......

IMPIAN Malaysia meneruskan aksi ‘penakluk gergasi’ dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 tidak kesampaian apabila tumpas 4-1 kepada New Zealand di Ipoh, malam tadi. Seperti ketika menentang Pakistan kelmarin, Malaysia ketinggalan 2-0 di awal permainan tetapi jangkaan mampu bangkit berdepan pasukan ranking ketujuh dunia itu meleset, sebaliknya New Zealand mendahului 2-0 selepas 16 minit menerusi Ryan Archibald pada minit kelima dan Shea McAleese selang 11 minit.

Malaysia cuba bangkit mencari jaringan, tetapi beberapa peluang termasuk dari pukulan sudut penalti gagal dimanafaatkan, sebaliknya skuad Kiwi itu terus selesa apabila Nick Wilson menolak masuk hantaran silang Ben Coller pada minit ke-34 untuk gol ketiga. Skrip babak kedua tidak banyak berubah walaupun Hafifi Hafiz Hanafi merapatkan kedudukan apabila meloloskan diri daripada hadangan pemain lawan dan merembat masuk pada minit ke-45. Shay Neal yang menyudahkan gerakan Hugo Inglis, merentap semangat pemain negara untuk bangkit apabila melengkapkan kemenangan mutlak, sekali gus mengekalkan kedudukan pasukan itu ditangga teratas carta untuk layak ke final, ahad ini.


Sementara itu, juara lima kali, India melengkapkan jadual perlawanan dengan kemenangan 2-1 ke atas musuh tradisi, Pakistan, hasil jaringan Sandeep Singh pada minit keempat dan Sowmarpet Sunil (m-59) manakala Sohail Abbas membalas untuk Pakistan (60). Terdahulu, Britain dan Korea Selatan berkongsi mata selepas seri 1-1 apabila wakil Asia itu mendahului 1-0 pada babak pertama melalui jaringan Yoon Sung Hoon pada minit ke-22 tetapi kelebihan itu dipadam Jonty Clarke pada minit ke-50.

Apapun, kepada pasukan hoki negara, jangan rasa kecewa, jangan lekas putus asa, korang main begitu baik sekali, tapi, nasib kurang baik dan kita kalah kepada pasukan yang lebih hebat. Apa yang perlukan, tingkatkan lagi prastasi dan banyakkan mengadakan perlawanan persahabatan untuk menimba pengalaman disamping mencari dan mencungkil bakat-bakat baru di arena sukan hoki. IBM percaya korang boleh, Malaysia boleh.!!. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...