Monday, June 4, 2012

PRU Ke-13 Di Musim Haji?..Habis Le Pas......


Pak Lah Tengah Dok Teropong. Betui Ke PRU Ke 13 Pada Musim Haji Ni. Ahh..Tak Mungkin, Kata Pak Lah
ITU kata depa (pembangkang), tapi, tidak bagi mantan Perdana Menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menyifatkannya sebagai spekulasi PAS apabila mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan ketika musim haji ini. Bekas Perdana Menteri itu berkata PAS hanya mahu meraih sokongan daripada pengundi beragama Islam. Mereka dah rasa cemas dan kelam kabut.
“Perdana Menteri belum lagi mengumumkan tarikh untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), jadi bagaimana pula mereka (PAS) boleh tahu bila tarikh pilihan raya.
“Lagipun takkan Perdana Menteri nak buat seperti yang disebut itu, beliau (Najib) orang Islam juga,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan notebook kepada pemimpin masyarakat di dalam kawasan Parlimen Kepala Batas di sini hari ini.
Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjangka PRU13 akan diadakan September ini ketika musim haji bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN).
Beliau mendakwa langkah itu dibuat berikutan ramai penyokong PAS akan mengerjakan haji pada masa itu dan Umno sebagai tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung pembersihan system pilihan raya sebelum proses mengundi diadakan.
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut hadir pada majlis itu berkata kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan seolah-olah pengundi dari PAS sahaja yang menunaikan haji.
“Orang Umno pun menunaikan haji dan bukan hanya orang PAS sahaja pergi Mekah. Jadi janganlah buat kenyataan seolah-olah kita (Umno) boleh menang kerana buat (mengundi) masa orang menunaikan ibadat haji.
“PAS juga dilihat seperti takut dengan kekuatan BN sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya percaya ia (kenyataan itu) untuk tarik pengundi Islam membenci kerajaan,” katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas. Biasa le tu. Kalau Pas tidak menabbur fitnah dan kebencian rakyat kepada kerajaan, bukan Pas namanya tu. Sebab Pas adalah "Parti Ajaran Sesat'. Sesat lagi menyesatkan. Salam. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. ... Apa, ingat orang PAS sahaja yang pergi haji? ...

    ReplyDelete
  2. Salam mohd. natar,

    Betul tu...aoa diorang ingat diorang je boleh pergi haji dan nak masuk syurga. Itulah pandangan bodoh dan singkat fikiran dari ahli2 Parti Ajaran Sesat (Pas)....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...