TUNGGU....aku tahu apa nak buat dengan korang. Memang tak sedar diri punya budak.. Di layang denga baik, taja sepenuhnya oleh kerajaan negeri, rupa-rupa ini yang korang beri pada aku ye. Hehehe..begitulah agaknya rintihan dari seorang Menteri Besar apabila mendapat tahu pelajar yang di didik dan di taja segala pengajiannya, tiba-tiba menentang kerajaan, menyertai himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Siapa yang tak frust. Betul tak?
Maka, dua pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang dikenal pasti terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara April lepas, telah pun diberi surat tunjuk dan nasib mereka bakal diketahui sebaik sahaja mesyuarat lembaga pengarah berlangsung dalam masa terdekat. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata tindakan pelajar yang sedang menuntut di Trefound Educare, syarikat milik penuh Yayasan Terengganu, menyertai perhimpunan itu seolah-olah mencabar kerajaan sedangkan mereka tahu syarat dan peraturan sebagai pelajar.
Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan kedua-dua pelajar degil itu berikutan rakaman yang diperoleh serta dimuat naik sendiri dalam laman sosial kepunyaan kedua-dua pelajar itu, masing-masing berasal dari Durian Burung di sini dan Rhu Renggeh, Marang. Setakat ini pihaknya masih dalam usaha mengenal pasti beberapa pelajar lagi yang terlibat dalam perhimpunan haram itu untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya, kata Ahmad kepada pemberita di sini hari ini.
Puas Hati Nampak Si Mangkuk Hayun Ni. Senyum Habis. Bersih Sangat Ke Depa Ni?
Beliau kesal kerana masih ada pelajar yang tidak mengambil iktibar dan pengajaran terhadap tindakan menarik balik serta-merta pinjaman sembilan pelajar sebelum ini kerana kesalahan menyertai demostrasi haram di luar negara. "Selain itu, kami dalam proses mengumpul bukti kukuh untuk mengaitkan beberapa lagi pelajar kerana terdapat laporan ada antara pelajar di bawah tajaan ini turut serta dalam demonstrasi bersama parti pembangkang,” katanya.
Bagus tu DS. Ambil tindakkan segera, hukum mereka, jangan diberi muka langsung pelajar-pelajar yang macam ini. IBM percaya mereka-mereka ini akan jadi 'duri dalam daging'. Amat, amat bahaya sekali. Lagi pun Terengganu ni ganu kito, bukan depa (pembangkang) punyo. Hehehe. Kepada ibubapa, jangan salahkan kerajaan sekiranya kerajaan bertindak sedemikian rupa. Tanyalah anak-anak Tuan/Puan semua. Apa kehendak mereka dan apa salah kerajaan yang menaja mereka sehingga sanggup berbuat demekian. Kepada para-pelajar yang terlibat tu, jangan cuba nak berdolak-dalik, tepuk dada tanya diri sendiri. Salam. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA