Saturday, June 9, 2012

Najib Terus Mendapat Pujian.....



LAGI DS Najib mendapat pujian. Kali ini diatas Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH). Ianya adalah satu kisah kejayaan luar biasa. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak perlu diucapkan tahniah atas ketabahan dan kesungguhan beliau dalam memacunya. Apabila pembangkang membaca berita ini, bertambahlah geram dan iri hati para pemimpin pembangkang yang selama ini cuba mengaggalkan usaha 'murni' DS Najib akan Penyenarian Felda. 

FELDA telah melakukannya dalam tempoh 20 hingga 30 tahun berbanding penjajah yang perlu ambil 200 tahun unutk melakukannya. Itu kata Dorab Mistry, Pengarah Godrej International Ltd, India, iaitu Syarikat yang terbabit dalam pengeluaran pelbagai bahan asas makanan dan Industri. Mengikut kata beliau, kisah kejayaan FELDA yang luar biasa ini bukan saja dari segi pertanian, malah memperkasakan dan memakmurkan kawasan luar. 

Sudah tiba masanya kejayaan ini disenaraikan supaya orang lain boleh mengambil bahagian, terutama penanam sawit di seluruh negara. Dan katanya lagi, penyenaraian FELDA juga akan meletakan Malaysia dalam kedudukan untuk memberi respons kepada rejim cukai eksport minyak sawit mentah Indonesia. Pada masa ini, menurut Dorab, Indonesia mengenakan duti eksport 19.5 peratus terhadap minyak sawit mentah, manakala duti eksport malaysia 30 peratus selepas had bebas cukai sebanyak 3.6 tan, ini, meletakkan Malaysia pada kedudukan yang kurang kelebihan.

Beliau semalam ditemui oleh pemberita dalam  satu Seminar Sawit Malaysia-India 2012, di  Kuala Lumpur. Bayangkan orang luar begitu yakin bahawa Penyenarian FELDA ini akan berjaya dan menguntungkan para peneroka, kenapa semua haramjadah dari pembangkang menghasut para peneroka untuk tidak menyertai penyenarian tersebut, kononnya kerajaan menipu semua para peneroka. 

Mereka tah tahu, harga saham FELDA akan menjadi kukuh ketika pengeluaran minyak sawit mentah merosot selepas pengeluaran yang lebih rendah biasanya menolak harga minyak sawit mentah. Apabila pengeluaran dikurangkan, saham akan diterima dengan harga yang lebih kukuh apabila disenaraikan. Begitulah yang akan terjadi disebalik kejayaan penyenarian Felda. Apa yang IBM nampak di sini, pembangkang sudah mula goyah kerana tuduhan dan fitnah yang mereka taburkan kepada para peneroka Felda sudah mula kabur, tak laku, kerana segala lakunan mereka itu hanyalah bertujuan untuk 'gimik' politik.

Kepada Pembangkang, segala pujian yang DS dapat adalah hasil kerja dan 'Transformasi' yang menjurus kepada kebaikan untuk semua lapisan rakyat dan negara. Jangan merah mata, jangan cemburu, kerana korang (pembangkang) tiada idea, kehabisan modal. Kerja korang hanyalah menghasut peneroka-peneroka Felda, tapi.....kini sudah terlambat. DS Najib terus di puji dan disanggung. Nasib peneroka -peneroka Felda kan berubah selepas ini. Insyallah. Ikhlas dari saya ~ IBM 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA  
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...