Wednesday, June 20, 2012

EURO 2012 : Sentuhan 'Budak Nakal'

Balotelli melakukan voli cantik untuk jawab kritikan ke atasnya

SEMBANG-SEMBANG BOLA, EURO 2012 :


DIA bukan Mario Balotelli jika tidak mencetuskan drama dan masalah. Penyerang penuh warna warni Manchester City itu yang digelar budak nakal melenyapkan sementara panggilan itu apabila menjaringkan gol kedua ketika Itali menewaskan Republik Ireland 20, awal pagi kelmarin. Pada perlawanan itu, dia hanya dimasukkan sebagai pemain simpanan, selepas gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan awal pasukan berkenaan. Walaupun terjatuh dan membelakangkan pintu gol, dia tidak melepaskan peluang dengan melakukan voli cantik menewaskan penjaga gol Shay Given. Kemenangan itu membantu pasukannya mengumpul enam mata dan menjadi naib juara kumpulan sekali gus mara ke suku akhir.

IBM bukanlah peminat Itali, tapi, nampaknya saingan di peringkat suku akhir bertambah rancak. IBM mengharapkan pasukan kesukaan IBM, Sepanyol akan terus mara dan sekali gus mempertahankan kejuaraan dan gah sebagai JUARA DUNIA. Kepada anda semua, sokonglah pasukan yang anda semua minati. Majulah sukan bola sepak untuk negara. Sekian, dari saya ~ IBM.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...