Peneroka-peneroka menunjukkan laporan polis dibuat mereka semalam.
SIAPA sebenarnya 'haram jadah' ni? Dan SYAITAN mana pulak yang menjadi dalang dan menghasut 5 peneroka Felda membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya mengeluarkan perkataan 'haram jadah' ketika mengumumkan 'durian runtuh' bagi para peneroka Felda baru-baru ini.
Wah, kemain gah dan bangga nya mereka-mereka ini yang membuat laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah, semalam. Salah seorang peneroka terbabit, Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, laporan itu dibuat kerana merasakan maruah mereka diaibkan secara terbuka seolah-0lah mereka ini peminta sedekah.
Menurutnya lagi, akibat ucapan Perdana Menteri tersebut, mereka menjadi sasaran cemuhan sepanjang agihan durian runtuh sehingga menyuburkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama mereka warga Felda. Itu alasan mereka. Bagaimana pulak dengan hasutan, cacian dan memburuk-burukkan nama Perdana Menteri kepada para peneroka yang lain supaya menghalang 'pelupasan ekuiti saham Koperasi Permodalan Felda' (KPF)?
Setelah menentang, dan menghasut para peneroka, semasa upacara mengambil Cek Durian Runtuh, muka mereka inilah (peneroka 5 sekawan) yang dulu tampil mengambil Cek tersebut. Memang muka tak tahu malu. Dan..apa bila kesah dan gambar muka mereka di paparkan di muka depan di dalam akhbar-akhbar, mereka melenting dan membuat laporan polis pulak. Manusia apa mereka-mereka ini?
IBM yakin, mereka-mereka ni lah yang menjadi ejen pakatan pembangang yang mengunakan mereka bagi tujuan menghasut para peneroka supaya mengaggalkan segala usaha kerajaan dan Perdana Menteri. Persoalannya sekarang, siapa sebenarnya 'haram jadah' dan haram jadah manakah yang menghasut mereka-mereka ini sehingga mereka sanggup membuat laporan polis semata-mata ungkapan 'haram jadah' yang di ucapkan oleh Perdana Menteri.
Kalau nak difikirkan balik, pemimpin-pemimpin mereka lagi dahsyat apabila mengeluarkan perkataan bila berceramah. Lebih teruk dari perkatan 'haram jadah', tapi..bagi mereka pengikut-pengikut pakatan haram ini, itu tidak menjadi salah bagi mereka. Mereka dah biasa. Apa yang IBM difahamkan, melalui peguam mereka, akan mengmbiltindakan lanjut dengan memfailkan saman terhadap empat pihak termasuk Perdana Menteri yang kononnya memfitnah mereka.
Kalau itulah yang korang mahu, jom...jumpa di Mahkamah. Kita tengok siapa yang kena nanti. Sebelum itu, IBM nasihatkan mereka berlima tu supaya memulangkan kembali Cek durian runtuh yang telah mereka ambil. Buat apa nak ambik, kan haram namanya tu. Tapi...kalau muka tak malu seperti mereka tu, jangan harap akan pulangkan balik Cek tersebut. Mereka akan berpegang kepada 'fatwa' Tok Guru Nik Aziz. Depa bagi kita ambik, pangkah tetap Pas. HAMPEHHH. Memang hampeh 5 pak lawak Felda ni yang hati dan perasaan mereka telah di selubuti oleh pengaruh dan dakyah pembangkang. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA