Saturday, June 23, 2012

Kaum India Begang Bila Salahuddin Samakan 'Thaipusam' Dengan 'Demonstrasi Jalanan'...

 Perarakan Thaipusam yang di samakan oleh Salahuddin sebagai Demonstrasi Jalanan


Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan meminta Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub memohon maaf kepada masyarakat India di Negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.

Ketua Pemuda MIC T.Mohan, yang meminta Salahuddin berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, berkata Naib Presiden PAS itu harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan tersebut, yang dibuatnya pada debat bertajuk ‘Demonstrasi Jalanan: Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi’ pada Selasa lepas.
Perarakan Maulidurrasul pun di cop sebagai demonstrasi jalan oleh Salahuddin
Beliau berkata Pemuda MIC juga telah membuat laporan polis terhadap Salahuddin, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan berbaur hasutan.

Mohan berkata Thaipusam adalah upacara keagamaan yang menyaksikan masyarakat Hindu melaksanakan nazar serta menyembah tuhan, dan bukan berbentuk demonstrasi jalanan.
“Kenyataan ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat India. Saya hairan bagaimana seorang Anggota Parlimen yang matang boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, lebih-lebih lagi dengan mengaitkan dan mengutuk upacara keagamaan dan kepercayaan sebuah kaum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mempersoal tindakan dan pendirian pemimpin India dalam Pakatan Rakyat yang sehingga kini gagal mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
IBM bukan nak mengapikan kaum India terutamanya MIC, tapi ini soal maruah. Pemimpin Pas seko ni patut di ajar di atas kecelupuran mulutnya seolah-olah tidak matang di dalam politik dan langsung tidak memahami sensitiviti kaum dan agama lain. Bagaimana pulak dengan umat Islam, diam saja ke?...puak-puak Pas mestilah berdiam diri, maklumalah Salahuddin tu orang depa. apa yang dia kata semuanya betui belaka. Pas memang HAMPEHH!!. SEKIAN. Dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA  
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...