Saturday, May 31, 2014

TERKINI! BN RAMPAS KERUSI TELUK INTAN. SYABAS DAN TAHNIAH!

SABTU, 31 MAY 2014


TELUK INTAN :
  Barisan Nasional dikhabarkan berjaya menawan kerusi Teluk Intan dengan majoriti 238 Undi. Tahniah BN!. Terima kasih semua para pengundi di Teluk Intan. Korang telah buat satu keputusan yang bijak.  Berikut Keputusanya :
BN – Datuk Mah Siew Keong – 20,157

DAP - Dyana Sofya- 19,919

BARISAN NASIONAL MEMANG PARTI UNTUK SEMUA.

ABBY ABADI MASIH MENARUH HARAPAN?

SABTU, 31 MAY 2014

ABBY OH ABBY.Tak guna dikenangkan lagi Abby. Nasi sudah jadi bubur. Lelaki mana boleh tahan dengan mulut kamu yang terlalu celupar tu. Walaupun ko kata masih menyanyangi suami mu, kini sudah terlambat. Fikir sesaat, salah siapa dan dimana silapnya? Memang betul, segala-galanya adalah kententuan dari allah SWT, tapi, kita sebagai manusia yang menjadi puncanya. Tiada kompromi, keras kepala, ego dan akhirnya kerana mulut tu yang tak ada insurance. Kalau ko nak salahkan 'bercinta' selepas berkahwin punca keretakan rumahtangga ko, itu memang silap. Kenyataaan yang bodoh. Dulu semasa ko berkahwin dengan Norman, adakah dari dasar-cinta atau selepas berkahwin baru bercinta?

Akhirnya ko bercerai jugak. Kesimpulananya sekarang wahai Ustazah PAS, redho je lah. Buat perubahan pada diri tu dan muhasabahkan diri. Masih ada ruang untuk ko berumahtangga, tapi, diri tu mesti diubah dulu. IBM bukan benci dengan si Abby ni, tapi perangainya selepas menjadi ahli PAS memang sukar diterima kerana menghentam kami (orang Umno) bagi nak rak. Dulu IBM adalah peminat setia Abby dalam drama "Gerak Khas'. Tapi, kini tidak lagi. Macam le dia tu warak sangat dan PAS janjikan dia syurga ke?Apa hukumnya menghentam orang tanpa usul periksa. Berdosa besar tu Abby.  Fikir-fikirkan dan renung2kan. Wasallam ~ IBM

TERESA KOK@COCK TUDUH TAJUDDIN PUNCA PEMUDA UMNO JADI AGRESIF

SABTU, 31 MAY 2014

DAP percaya tindak-tanduk Pemuda Umno yang berkempen secara liar di Kampung Bahagia, Teluk Intan semuanya didalangi oleh Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Mengikut kata Naib Presiden DAP Teresa Kok, pemuda kedua-dua parti sebenarnya boleh duduk bersama tetapi atas hasutan itu, kata-kata kesat saling dilemparkan. Beliau rasa ini dihasut oleh Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri. Kita boleh bersama tanpa ada pergaduhan, katanya kepada pemberita petang tadi.
DAP PARTI RASIS.....DAP PARTI RASIS.....DAP PARTI RASIS
Sementara itu, keadaan yang tenang pada 3 petang di Kampung Bahagia kembali tegang apabila Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengadakan lawatan ke kawasan itu. Pemuda Umno melemparkan kata-kata kesat kepada Lim namun Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak berkecil hati dan mengalu-alukan sorakan itu. Alahai, biasa le tu nonya Teresa. Kalau pembangkang boleh buat, kenapa tidak budak-budak BN tu. Kalau tak tahan, jangan berpolitik. 
Korang juga yang ajar budak-budak tu buat provokasi seperti itu. Kenapa nak main tuduh-tuduh pulak. Beliau percaya majoriti pemimpin Umno tidak berfikiran macam ini. Ini tidak akan memberi imej baik kepada orang Melayu malah Umno sendiri, kata nonya Teresa lagi. Ehhh...banyak hairan...tetiba pula nonya Teresa Kok ni puji pemimpin-pemimpin Umno. Biasa le tu kalau dah nak kalah. Ada je yang tak betul. Semuanya salah BN. Doakan kejayaan BN kali ini. Wasallam ~ IBM

CELAKA PUNYA DAP ISU 'KANGKUNG' DIJADIKAN MODAL BUAT PROVOKASI TERHADAP PENYOKONG BN. CELAKA.....MEMANG DAP CELAKA!

SABTU, 31 MAY 2014
JOM RAMAI-RAMAI TOLAK DAP PARTI RASIS

TINGGAL beberapa jam sahaja lagi kita akan mengetahui keputusan PRK Teluk Intan. Kita tunggu rakyat pilih siapa. Tapi...DAPigs meneruskan keghairahan mereka walaupun sesi berkempen telah pun tamat dan sesi pengundian bermula. DAP mencari pasal dan seolah-olah ingin mencetuskan pergaduhan. DAP dan penyokong Pakatan menggunakan isu kangkung dijadi modal bagi menyindir Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan. Insiden di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia kira-kira jam 10 pagi tadi menyaksikan kekecohan berlaku apabila penyokong BN dan DAP yang dipisahkan hanya lima meter dari satu sama lain oleh dua buah kenderaan pacuan empat ronda bertengkar dan pergaduhan hampir tercetus. 

Penyokong BN berang apabila penyokong DAP menggantung kangkung dengan wang kertas RM1 di hujung galah. "Hoi! Kangkung tu turunkan! DAP celaka!" jerit sebahagian penyokong BN ke arah penyokong DAP. Isu 'kangkong' bermual dan digunakan oleh pembangkang sebagai modal kempen mereka apabila kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung di Kemaman Januari lalu telah disebar meluas dan menjadi bahan sindiran dan gelak ketawa di Internet. Tapi, bagi IBM, kaum depa (Cina DAP) le yang patut di ketawakan kerana mengikut sejarah, nenek-moyang mereka adalah pemakan tegar 'kangkung'. 

Kini, kangkung pula yang menjadi bahan ketawa mereka. Bermakna, mereka mentetawakan dan mempodohkan diri mereka sendiri. Memang celaka dan bodoh Cina DAP ni. Mari kita ketawakan mereka jika calon mereka tewas nanti. Insyallah, calon BN akan menang. Wasallam ~ IBM

MAYAT SUSPEK PEMBUNUH SITI SOFFEA DITEMUI

SABTU, 31 MAY 2013
Mayat suspek dijumpai terapung ditebing Sungai Petaling Jaya

AKHIRNYA mayat suspek yang dipercayai menculik dan membunuh Siti Soffea Emelda, 2, dengan cara memenggal kepalanya ditemui berhampiran tebing Sungai Petaling Jaya di Sunway hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul mengesahkan penemuan itu. Lelaki itu menculik Siti Soffea (gambar kecil kanan) dari pusat membeli-belah Kotaraya di Kuala Lumpur Khamis lalu. Polis percaya bahawa suspek cuba merogol kanka-kanak itu dan memukulnya ketika dia meronta. Ibu Siti Soffea, Siti Salmy Suib, menuntut jasad anaknya dari bilik mayat Hospital Kuala Lumpur semalam. Siti Soffea dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda dekat Gombak. 

Sebelum itu dilaporkan seorang pengawal keselamatan di pusat beli-belah sebelum ini dilaporkan melihat Siti Soffea diculik tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghentikan suspek. Suspek dikenalpasti apabila dikesan melalui rakaman video kamera litar tertutup yang diambil dari premis itu. Manakala siasatan awal polis mendapati ibunya, Siti Salmy, 32, hidup gelandangan dan menganggur. Bapa kepada Siti Soffea pula dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara. Siti Salmy mempunyai tiga anak tetapi dua yang lain kini tinggal dengan saudara-mara. Hanya Siti Soffea mengikuti ibunya, yang berasal dari Kuala Lumpur, dan mereka berkeliaran di sekitar ibu kota setiap hari. 

Dalam kejadian malam itu, dua rakyat Sabah melihat seorang lelaki membawa Siti Soffea melalui rumput panjang di tebing sungai. Suspek dilihat mencekik mangsa dan menolaknya ke tanah sebelum memukul dan memenggal kepala Siti Soffea. Suspek kemudiannya terjun ke sungai selepas menyedari perbuatannya dihidu orang awam. Anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat kini sedang berusaha mencari suspek di Sungai Klang sejak semalam. Akhirnya di temui mati. Itulah, setiap perbuatan jahat, tuhan akan balas di atas dunia ini, tak payah tunggu diakhirat nanti. Wasallam ~ IBM

KINI GILIRAN PAK HIM PULA TIDAK DIBENARKAN MENJEJAK KAKI KE SARAWAK

SABTU 31 MAY 2014
ADA orang kata politik itu kotor. Tak mahu  campurlah. Tapi, sebenarnya bukan politik itu yang kotor. Orang yang berpolitik tu sendiri yang kotor, kerana mengamalkan politik kotor. Akibtnya seperti pendedahan di bawah ini. Sendiri cari penyakit. Terlalu exstream dalam politik, mulut terlalu celupar langsung tidak menghormati sensitiviti kaum lain, maka, terimalah akibatnya. Jangan salahkan orang lain. Duduk, fikir-fikirkan, salah siapa?

KUALA LUMPUR : Imigresen Sarawak meminta rakyat negeri Sarawak supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengetahui Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berada di negeri itu, lapor Utusan Borneo. Pengarah Imigresen Sarawak, Datu Robert Lian berkata menyembunyikan maklumat itu boleh dianggap sebagai satu kesalahan. Jika ada rakyat negeri ini yang mengetahui bahawa Ibrahim Ali ada di Sarawak dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa maka orang tersebut boleh dianggap sebagai menentang Sarawak, katanya seperti dipetik oleh akhbar itu. Robert Lian mengulas desas-desus kononnya Ibrahim bolos ke Sarawak semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balingian pada Mac lepas.

Jelas beliau, pihaknya tidak mempunyai rekod kemasukan Ibrahim ke negeri itu. Jika ada pun, orang itu adalah individu lain yang mempunyai nama yang sama. Kami tidak ada rekod bahawa Datuk Ibrahim Ali ada (masuk Sarawak). Apa yang kami tahu, Datuk Ibrahim Ali umurnya 62 tahun. Orang boleh ada nama yang sama tetapi sudah pasti bukan dia. Dia tidak ada di sini pada waktu yang dikatakan itu. Dia masih dalam senarai sekatan. Kita tidak perlukan orang sepertinya dan kerana itu sekatan tersebut dikeluarkan, katanya seperti dipetik oleh akhbar The Borneo Post pula. Jelas Robert, sekiranya ada gambar yang menunjukkan Presiden Perkasa itu berada di Sarawak, gambar tersebut mungkin diambil sebelum larangan berkenaan dikuatkuasakan oleh kerajaan negeri.

Itu semua salah satu perbuatan untuk mengapi-apikan masyarakat dan cuba menunjukkan bahawa pihak Jabatan Imigresen kononnya tidak melakukan kerja, katanya mengulas mengenai pengedaran foto berkenaan. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem (gambar atas kanan) pada Mac lalu mendedahkan Ibrahim adalah antara individu yang dilarang masuk ke Sarawak kerana negeri itu tidak memerlukan ekstremis dan fanatik agama atau bangsa. Semasa kempen pilihan raya kecil DUN Bailingan, kerajaan negeri Sarawak menyekat empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin; Naib Presiden, Tian Chua dan Pengarah Strategik, Rafizi Ramli daripada memasuki negeri itu. Pak Him, apa cerita..ada komen ke tentang isu ini? Wasallam ~ IBM.  SUMBER : ANTARAPOS

Friday, May 30, 2014

TERKINI!! 150 AHLI DAP KELUAR PARTI SERTAI BN

JUMAAT, MAY 2014
JOM TOLAK DAP...JOM TOLAK DAP...JOM TOLAK DAP


SEMAKIN
ramai dah tahu tembelang parti DAPigs. Dan ramai yang meluahkan perasaan untuk keluar dari DAP. Hari ini,  Ketua Bahagian MIC Teluk Intan M.Sivamani (gambar kiri) mengesahkan Barisan Nasional (BN) menerima permohonan untuk menjadi ahli daripada kira-kira 150 anggota parti DAP. Kesemua mereka berbuat demikian setelah tidak berpuas hati dengan keputusan parti meletakkan calon Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon pada Pilihan Raya (PRK) Teluk Intan, Sabtu ini. Kata Sivamani, meskipun bilangan permohonan itu tidak besar namun ia tetap akan memberi impak kepada kemenangan parti-parti yang bertanding. Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong untuk mencabar Dyana. Ya, itu memang benar dan itu adalah penyokong DAP yang tidak berpuas hati dengan calon DAP (Dyana Sofya). 

Walaupun tak ramai itu akan menggugat kedudukan DAP di Teluk Intan kerana yang keluar itu bukan dia keluar seorang...bila dia keluar seorang secara automatiknya dia punya pasukan akan keluar sekali, katanya. Bekas ahli DAP itu mengharapkan pemimpin akar umbi, Sivanesan diangkat menjadi calon dan bukannya mengemukakan Dyana yang baru sahaja dua tahun berkecimpung dalam arena politik. Dalam konteks itu, bekas ahli DAP melihat calon BN lebih mempunyai kelebihan ekoran beliau telah dua kali menempuhi Pilihan Raya Umum (PRU) iaitu pada 2008 dan 2013. Moga ramai lagi yang akan keluar meninggalkan DAP. Mesti di ingat, DAP adalah parti anak-beranak dan parti 'rasis'. Jom tinggalkan DAP/Pakatan, sertai dan sokonglah BN. Wasallam ~ IBM

LGE AKUI PENGUNDI CINA TOLAK DYANA SOFYA...EHHH BETUI KE?

JUMAAT, 30 MAY 2014
PEMIMPIN DAPIGS LIDAH BERCABANG
DAP ni memang bijak bermain dengan kata-kata. Silap haribulan cair kita dibuatnya. Mereka begitu bijak mengatur strategi bagi mendapatkan undi. Kempen mereka begitu berkesan sekali dan diterima oleh pengundi-pengundi. Kenyataan dibawah ini oleh pemimpin DAP hanyalah sebagai umpan. Jangan diterima bulat-bulat. BN harus tingkatkan usaha bagi mendapat undi dari kaum Melayu, Cina dan India. Jangan sesekali terperangkap dengan jerat yang DAP sediakan seperti di bawah ini :

TELUK INTAN : DAP pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan mengakui sukar untuk mendapat sokongan pengundi Cina berikutan meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud mewakili parti itu. Perkara itu diakui sendiri oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang berharap pengundi Cina di kawasan tersebut akan memberi sokongan walaupun calon parti itu berbangsa Melayu. Saya harap mereka (pengundi Cina) kali ini lain daripada yang lain dengan menolak politik perkauman. Mereka akan menyokong politik seMalaysia dan menunjukkan mereka warga negara ini dengan menyokong Dyana Sofya walaupun beliau seorang Melayu, katanya pada sidang media di pejabat operasi DAP di sini, Jumaat. Dalam pada itu, Dyana  memberitahu, pengundi di Teluk Intan bijak untuk memilih wakil rakyat dengan memecahkan jurang perbezaan kaum.

Menurutnya, beliau percaya pengundi dapat menolak politik perkauman di samping menilai kebolehannya dari segi idea dan prinsip yang ditawarkan untuk rakyat. Saya percaya rakyat di Teluk Intan boleh mengundi tanpa mengira warna kulit, keturunan dan kaum, katanya. Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina, Dyana hanya menjawab beliau mendapat sokongan amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Saya fikir mereka bijak untuk membuat pilihan. Saya percaya adanya perpecahan tembok perkauman pada Sabtu, katanya. Kawasan Parlimen Teluk Intan terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India. PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu. Hari mengundi PRK Teluk Intan pada Sabtu ini. Selamat mengundi semua. Wasallam ~ IBM  SUMBER - mstar

POLIS BURU SUSPEK KES TEMBAK DI SUNGAI BULOH

JUMAAT, 30 MAY 2014
JENAYAH terus berlaku dan ianya seperti sukar dibendung. Dimana silapnya dan salah siapa? Pihak yang berwajib perlu duduk dan mengkaji mengapa jenayah seperti tembak-menembak ini berluasa sekarang ini. Dan perlu juga dikaji dari mana penjenayah tersebut mendapatkan senjata api untuk membunuh. Bertindak sebelum ianya menjadi lebih parah, kerana jenayah seperti ini adalah musuh negara : 

PETALING JAYA: Pihak polis kini memburu seorang bekas tahanan Ordinan Darurat, Rajthevan Rajamanikam yang melarikan diri selepas menembak mati seorang lelaki di sebuah kuil di Kuang Sabtu lalu. Rajthevan,41, dipercayai telah meninggalkan Selangor selepas kejadian itu. Kami percaya dia telah meninggalkan kawasan Lembah Klang bagi mengelak dirinya ditangkap, jelas Ketua Polis Daerah (OCPD) Sungai Buluh Superintenden (Supt) Junaidi Bujang. Junaidi menggesa kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek ini tampil menghubungi pihak polis. 

Beliau berkata, Rajthevan yang digelar "Thundercat" sebagai gangster pernah ditahan di Penjara Simpang Renggam beberapa kali. Adik mangsa berumur 14 tahun yang dilaporkan pernah bercinta dengan suspek ini turut dipanggil untuk membantu siasatan. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau terus ke balai polis yang terdekat. Bantuan dan maklumat orang awam amat-amat diperlukan demi untuk membasmi atau membenters jenayah seperti ini. Wasallam ~ IBM SUMBER BERITA - mstar

MAYAT KANAK-KANAK PEREMPUAN TANPA KEPALA DITEMUI

JUMAAT, 30 MAY 2014
MEMANG binatang orang melakukan perbuatan yang kejam ini. Apa le salah dan dosa kanak-kanak tersebut hingga dicabut nyawanya sebegitu rupa. Dendam?....tapi, kenapa kanak-kanak jadi mangsa. Sedih, geram bila baca cerita di bawah ini :

MAYAT seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dalam lingkungan tidak lebih tiga tahun ditemui tanpa kepala bersebelahan Sungai Klang di Jalan Hishammuddin pada Khamis malam. Badan mangsa ditemui oleh orang awam berhampiran stesen KTM pada kira-kira pukul 9 malam. Difahamkan kepala kanak-kanak itu ditemui berhampiran badannya. 

Polis mengenal pasti suspek yang dipercayai warga asing berkulit gelap. Menurut polis, orang awam melihat seorang lelaki membawa kanak-kanak malang itu dari kompleks membeli-belah berhampiran Pudu Sentral. Difahamkan bahawa kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke kompleks membeli-belah berkenaan. Harap suspek dapat ditangkap sesepat mungkin. Oleh itu awasilah anak-anak anda semua. Jenayah ada di mana-mana. Wasallam ~ IBM

TRAGEDI MH370 : 'LAUTAN HINDI BUKAN LOKASI TERAKHIR'....TAPI DIMANA?

JUMAAT, 30 MAY 2014
MISTERI kehilangan MH370 ini di lihat seperti negara kita di permainkan oleh sesebuah pihak yang amat-amat berkuasa di dunia ini. Bermacam-macam cara, berbagai-bagai peralatan canggih digunakan, tapi pesawat (bangkai) MH370 masih belum di temui. Bila difikirkan memang tak lojik dan masuk akal. Perkembangan terbaru di bawah ini pun masih belum dapat merungkai kehilangan MH370 :

KUALA LUMPUR : Pencarian pesawat MH370 yang memasuki hari ke-84 hari ini, terus menimbulkan misteri apabila pihak berkuasa Australia semalam memutuskan kawasan seluas 850 kilometer persegi yang menjadi lokasi tumpuan Bluefin-21 bukan lokasi terakhir pesawat itu. Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), keputusan itu dibuat selepas Bluefin-21 menamatkan operasi pencarian di dalam laut, petang kelmarin, di lokasi isyarat yang dipercayai dari kotak hitam MH370 sejak awal April lalu. 

Data yang terkumpul hasil operasi pencarian itu sudah dianalisis dan JACC mendapati tiada serpihan pesawat berkenaan dikesan AUV itu sejak menyertai operasi pencarian. ATSB juga mencadangkan untuk menamatkan pencarian di kawasan yang diberi fokus sejak awal bulan lalu, selepas pengesanan isyarat gelombang gagal menghasilkan sebarang petunjuk. Kapal pertahanan Australia, Ocean Shield yang membawa Bluefin-21 juga dilaporkan sudah meninggalkan kawasan pencarian malam kelmarin dan dijangka tiba di pangkalan di Perth, Australia, esok. Apapun, Malaysia akan meneruskan operasi mencari walaupun seribu tahun lagi. Lambat laun ianya akan terbongkar juga. Insyallah. Wasallam ~ IBM. SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE.

RAJA NAZRIN DITABALKAN SULTAN PERAK YANG KE-35. DAULAT TUANKU!

JUMAAT, 30 MAY 2014
DAULAT TUANKU....DAULAT TUANKU....DAULAT TUANKU
DARI raut wajahnya, krekternya memang baginda layak menduduki tahkta kerajaan negeri Perak dan bergelar Sultan Perak yang ke-35. Berjiwa rakyat seperti almarhum ayahandanya membuat rakyat jelata khususnya rakyat negeri Perak senang menerima baginda sebagai Sultan Perak yang baru. Daulat Tuanku! :

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 58, putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah yang dilantik sebagai Sultan Perak yang baharu, adalah seorang yang bijaksana dan berjiwa rakyat. Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Ekonomi, Politik dan Kerajaan daripada Harvard University, baginda diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah sebelum istiadat pemakaman ayahanda baginda. Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang semalam yang dipengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah pada Rabu.

Sultan Nazrin Shah, yang berkahwin dengan Tuanku Zara dan mempunyai seorang putera Raja Azlan Muzaffar Shah, empat tahun, dan seorang puteri Raja Nazira Safya, dua tahun, dilantik sebagai Raja Kecil Besar Perak berikutan pelantikan ayahanda baginda sebagai Sultan Perak ke-34 pada 16 Feb 1984. Mengikut hirarki sistem penggiliran Kesultanan Perak, kedudukan Raja Kecil Besar adalah di tempat ketiga selepas Raja Di-Hilir dan Raja Muda sebelum dilantik sebagai Sultan. Sultan Nazrin Shah adalah pemegang ijazah sarjana muda Filosofi, Politik dan Ekonomi dari Kolej Worcester, Oxford.
Baginda juga memilik ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Kennedy School of Government, University Harvard dan selepas itu memperolehi ijazah kedoktoran falsafah dalam Ekonomi Politik dan Kerajaan dari universiti yang sama. Kesimpulannya Sultan Nazrin memang layak menjadi Sultan Perak yang ke-35 tahun. Moga negeri Perak akan lebih maju, dan rakyatnya hidup dalam suasana aman dan damai. Wassalam ~ IBM. SUMBER - mSTAR

MOHON BATAL PERTUDUHAN MENGHASUT, TIAN CHUA AND THE GENGS GAGAL LAGI.....

JUMAAT, 30 MAY 2014

SUDAH terang lagi bersuluh. Dengan erti kata lain, kesilapan yang mereka lakukan begitu ketara, tapi mereka menidakkanya. Itulah wajah dan kerekter pembangkang sebenarnya. Perbuatan menghasut semasa berceramah yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat mereka pertikaikan di dalam Mahkamah apabila mereka di dakwa. Mereka lantang minta supaya Mahkamah membatalkannya. Cukup..cukup licik mereka-mereka ini, tapi belum cukup membutakan Mahkamah :
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan dua aktivis pembangkang sekali lagi gagal membatalkan pertuduhan terhadap mereka yang didakwa memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah tahun lepas. Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim menolak permohonan itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas dan peguam N. Surendran yang mewakili Tian Chua, Adam Adli Abd Halim dan Hishamuddin Md Rais. Dalam penghakimannya, Kamardin berkata Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung permohonan Tian Chua sebelum ini dalam isu Lahad Datu yang memutuskan bahawa Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 adalah berperlembagaan. Oleh itu, beliau mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan.
Pada 29 November 2013, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Tian Chua, yang juga anggota Parlimen Batu, bagi membatalkan pertuduhan menghasut berhubung kenyataannya berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pertama Tian Chua, Adam Adli dan Hishamuddin untuk membatalkan pertuduhan itu selepas memutuskan ia pramatang serta tidak mempunyai merit. Bagaimanapun, pada 5 Mac lepas, ketiga-tiga tertuduh sekali lagi memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan itu.
Tian Chua atau Chua Tian Chang, 51, Adam Adli, 25, dan Hishamuddin, 62, didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di Kuala Lumpur antara 8.55 malam dan 11.55 malam pada 13 Mei tahun lepas.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948  (Akta 15) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1)  akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan. Elok beno le tu. Ikut boss korang, Nuar Brahim yang tak lama lagi akan ke penjara. Wassalam ~ IBM SUMBER – Bernama 

SUAMI ABBY ABADI LAFAZ TALAK 2 KALI

JUMAAT, 30 MAY 2014
SEDANGKAN lidah lagi tergigit, apapula suami isteri. Begitulah ungkapan lagu yang dipopularkan oleh allahyarham Tan Sri P.Ramlee satu ketika dulu. Maksudnya, pergolakan rumah tangga memang sering berlaku, tapi boleh dielakkan kalau betui caranya. Tapi....kisah dibawah ini susah nak dibuat penilian kerana semua orang tahu siapa si betina ini. Dengan mulut celuparnya, queen controlnya, berlagak pandai seperti ustazah dan suka belasah orang tanpa usul periksa. Suami mana boleh tahan beb. Agaknya le. Akhirnya rumah tangga berkecai :

MAHKAMAH Rendah Syariah Gombak Timur di sini diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada Mahkamah. Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan, lapor mSTAR Online. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada Mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.

Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk tanpa melaporkan kes berkenaan kepada Mahkamah. Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu. Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Alahai..jodoh tak panjang kot. Kan senang nak layan kerenah bekas mak janda ni. Tapi, Abby kata dia tak serik kahwin. Yolah tu. Hehehehe. Wasallam ~ IBM. SUMBER - ANTARAPOS

Thursday, May 29, 2014

CALON BN MENGELUH. KATANYA PRK TELUK INTAN PALING KOTOR!!

KHAMIS, 29 MAY 2014

MEMANG sukar calon BN nak bermain kotor dalam PRK Teluk Intan kali ini. Ini kerana setiap calon yang mewakili BN tidak pernah diajar berbuat demikian. Tapi, pembangkang begitu ghairah berkempen mengunakan taktik kotor mereka untuk memancing undi. yang hairanya tu, DAPigs kata mereka dihadapan berbanding dengan BN dalam penerimaan para pengundi. Dengan erti kata lain mereka sudah pasti mereka akan menang. kalau begitu, kenapa masih guna taktik kotor? Luahan calon BN dibawah ini menceritakan segala-galanya. PKR Teluk Intan memang kotor :
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan pilihan raya paling kotor kerana banyak provokasi dan fitnah yang disebarkan oleh pihak lawan, kata Datuk Mah Siew Keong. Calon Barisan Nasional (BN) itu berkata, sepanjang pengalamannya menyertai pilihan raya sejak 1995, PRK Teluk Intan memberi pengalaman pahit dan terpaksa berdepan dengan kempen kotor. Saya menyertai pilihan raya sejak 1995 tetapi tidak pernah merasai pengalaman pilihan raya seperti ini sebelumnya. Semua pengalaman sebelum ini adalah pengalaman yang baik. Dua pilihan raya lepas apabila saya berdepan Manogaran dan mendiang Seah Leong Peeng, ia berlaku dalam keadaan aman tanpa provokasi. Tetapi kali ini pilihan raya sangat kotor di Teluk Intan, katanya dalam sidang media di Pusat Operasi Gerakan di Teluk Intan hari ini. 
Mah pada minggu lalu berkata, posternya disembur dengan cat hitam di Jalan Changkat Jong namun masih menasihatkan jenteranya agar menjaga etika kempen. Katanya, BN berpeluang memburuk-burukkan calon parti lawan apabila banyak menerima bahan untuk memburuk-burukkan mereka tetapi tidak akan berbuat demikian. Dalam sidang media hari ini, Mah berkata beliau dan Dyana pada hari pertama kempen bersetuju untuk tidak mengggunakan taktik kotor tetapi ternyata ia tidak menjadi kenyataan. Katanya, DAP mahu mengubah landskap politik di Teluk Intan tetapi apa yang mereka lakukan hanya memberi imej buruk kepada pengundi. Saya agak kesal kerana hari pertama saya jumpa Dyana, kami bersetuju untuk berkempen secara bersih. 
Sebaliknya, tiada poster DAP yang diturunkan. Anda ingat ia usaha yang mudah? Kami ingatkan orang kami supaya tidak bertindak. Semua provokasi yang mereka lakukan bagi mengujakan ahli BN agar mereka melakukan sesuatu yang bodoh. Biar rakyat buat keputusan, katanya. Mah hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan kempennya sejak hari pertama. Katanya, segala kemelut di Teluk Intan akan berakhir tidak lama lagi apabila semuanya pulang ke tempat masing-masing. Apabila PRK tamat, mereka semua boleh pulang ke Pulau Pinang dan Johor Bahru. Jangan main semua isu ini. Teluk Intan akan kembali menjadi satu bandar yang selesa, aman dan sedia membangun, katanya. IBM akan ke Teluk Intan esok. Nak tinjau-tinjau keadaan di sana. Wasallam ~ IBM

JENAZAH ALMARHUM SULTAN PERAK SELAMAT DIMAKAMKAN.

KHAMIS, 29 MAY 2014

NEGARA kehilangan seorang Raja yang berjiwa rakyat. Memang sukar di cari ganti. Khidmat dan jasanya pada negara dan negeri amat-amat di hargai. Kita juga kehilangan "Bapa Sukan Hoki" yang mana baginda amat meminatinya. Al-Fatihah untuk Baginda : 



KUALA KANGSAR
 : Jenazah Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar di sini pada 6.40 petang.
Sultan Perak yang baharu, Sultan Nazrin Shah bersama bondanya, Tuanku Bainun serta Tuanku Zara Salim dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat pada istaidat pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah di Makam Diraja di Kuala Kangsar pada Khamis.
Jenazah baginda disemadi di antara makam Sultan Idris II dan Raja Ashman Shah. Keadaan cuaca mendung dan suasana sedih menyelubungi kerabat Diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata yang mula membanjiri pekarangan masjid seawal 1.30 tengah hari.

Jenazah Almarhum Sultan AzlanShah dibawa menaiki peterana 'Seraja Diraja' selepas istiadat penghormatan terakhir di Balairong Seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada Khamis.
Jenazah Almarhum tiba di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini dengan pedati khas 'Seraja Diraja' berwarna kuning pada 4.30 petang untuk disembahyangkan.Pedati khas itu diusung 40 anggota Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia secara bergilir-gilir sejauh kira-kira dua kilometer dari Istana Iskandariah.

Sebanyak 86 das tembakan dilepaskan ke udara daripada dua meriam oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja sepanjang tempoh jenazah Almarhum dibawa ke masjid. Ribuan rakyat jelata beratur di sepanjang jalan ke masjid berkenaan bagi melihat jenazah Sultan yang dikasihi buat kali terakhir. Selepas disembahyangkan, jenazah Almarhum dibawa ke Makam Diraja yang terletak bersebelahan masjid berkenaan untuk istiadat pemakaman. Solat jenazah diimamkan oleh Imam masjid berkenaan iaitu Ustaz Mohd Helmi Ibrahim manakala talkin dibaca oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. 
Doa pula dibaca oleh Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti. Permaisuri Tuanku Bainun mendahului keluarga Diraja menjirus air mawar dan menabur bunga di makam Almarhum dengan diiringi bacaan selawat. Ini diikuti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Tuanku Zara Salim, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Shahar Shah. Ia seterusnya diikuti Raja Kecil Besar Perak Raja Iskandar Zulkarnain dan isteri Datuk Seri Diraja Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah serta kerabat Diraja dan pembesar-pembesar. 
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menjirus air mawar dan menabur bunga di makam baginda. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Puhat Mat Nayan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak Datuk Mohd Yusop Husin, pemimpin kerajaan, kerabat diraja serta pembesar-pembesar. Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada 1.30 tengah hari Rabu. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Perak. AL-FATIHAH! Ikhlas dari ~ IBM.  SUMBER : mSTAR

BENDERA SELANGOR DIKIBAR SEPARUH TIANG

KHAMIS, 29 MAY 2014
SHAH ALAM : Kerajaan Selangor mengisytiharkan bahawa bendera Negeri Selangor hendaklah dikibarkan separuh tiang mulai hari ini berikutan kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dalam kenyataannya petang ini berkata, bendera Selangor perlu dikibarkan separuh tiang sehingga hari pemakaman baginda.

Sekali  lagi kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Perak, moga rohnya di cecuri dan di rahmati oleh Allah SWT dan di tempatkan bersama2 dengan orang yang solehin. Amin! Wasallam ~ IBM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...