Thursday, May 22, 2014

KERAJAAN NEGERI SELANGOR TAK BERHATI PERUT LANGSUNG

KHAMIS, 22 MAY 2014
KIRA-KIRA 400 peneroka yang telah mengusahakan tanaman kelapa sawit di Kampung Seri Makmur, Bestari Jaya di Kuala Selangor sejak 40 tahun lepas, bakal kehilangan punca pendapatan apabila mereka diberikan notis pengosongan ladang oleh kerajaan negeri Selangor. Satu-satunya jalan yang digunakan untuk membawa keluar hasil kelapa sawit mereka juga telah ditutup sejak dua bulan lepas. Notis arahan pengosongan ladang daripada Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan) Kuala Selangor bertarikh 10 April 2014 meminta peneroka berkenaan berbuat demikian dalam masa 30 hari di mana tempoh itu telah pun berakhir 10 hari lalu. Notis tersebut bagaimanapun tidak diserahkan kepada mereka dengan sempurna, sebaliknya hanya ditampal pada pokok kelapa sawit.

Wakil peneroka, Miswandi Mat Sah, 56, berkata peneroka sangat kecewa dan dalam dilema berikutan satu-satunya punca pendapatan mereka hilang sekelip mata selain tidak dapat mengeluarkan hasil tanaman sawit sejak dua bulan lepas. "Kebanyakan kami sudah tua dan pencen, mana lagi nak diharapkan sumber pendapatan kalau kami diminta keluar dari tanah ini. Penduduk akur tanah ini adalah milik kerajaan negeri tapi bertimbang rasalah sikit sebab kami sudah usahakan cukup lama... lebih 40 tahun," katanya ketika ditemui di Kuala Selangor semalam. Gan Chee Hong, 48, juga buntu apabila hasil kelapa sawit tidak dapat dikeluarkan lebih-lebih lagi pada masa sama, dia turut mengusahakan tanaman baru.
    
Saya baru sahaja tanam anak kelapa sawit. Dahulu kerja ambil hasil kelapa sawit dan bila ada duit sikit saya pun teringin nak usahakan tanaman sebab menguntungkan tetapi bila laluan ditutup saya jadi bingung. Harap kerajaan negeri bagi muka kepada petani," katanya. Sementara L.Krishnan, 68, pula berkata sebelum ini tiada pihak yang cuba menganggu atau meminta peneroka keluar dari tanah rizab kerajaan itu tetapi apabila pucuk pimpinan kerajaan negeri bertukar semuanya berubah. Beliau kecewa kerana hasil kelapa sawit yang diusahakan seluas 12 hektar tidak dapat dinikmati anak cucunya.
    
Dulu semua hutan saja dan masa kami meneroka tanah untuk tujuan tanaman, semua tak kacau. Masa itu memang susah sehingga terpaksa habis duit nak bersihkan hutan. "Sekarang sudah cantik dan bersih, kami pula kena keluar... macam mana dengan hasil kelapa sawit kami? Mana kami mahu pergi? Inilah satu-satunya punca pendapatan pakcik sekeluarga," katanya. ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak (gambar atas kanan) berkata pihaknya turut kecewa dengan tindakan kerajaan negeri itu. Beliau berkata difahamkan kerajaan negeri berbuat demikian atas alasan ladang seluas kira-kira 316 hektar itu sudah diambil alih dan tidak membenarkan mana-mana pihak memasukinya.
    
Saya benar-benar kecewa kerana perkara sebegini tidak berlaku semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu. Sepatutnya kerajaan negeri mempertimbangkan nasib pekebun kecil ini kerana ini punca pendapatan mereka," katanya.

* Kata Selangor ni negeri berkebajikan, tapi tindas rakyat pulak. Apa cerita ni? Kerajaan BN tidak pernah buat semuanya ni pada rakyat semasa memerintah negeri Selangor. Aduhai, malang sungguh nasib peneroka di buli oleh kerajaan Pakatan Haram negeri Selangor. Ada sapa-sapa nak kata yang kerajaan Pakatan lebih baik dari kerajaan BN? Anda ada jawapanya...tungguuuu..simpan sampai PRU ke-14 nanti baru jawab. Wasallam * ~ IBM

"BILA KORANG BACA BARU KORANG TAHU SIAPA PAKATAN RAKYAT?"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...