Tuesday, May 20, 2014

BETUL KE TIDAK PAK BRAHIM NI?

SELASA, 20 MAY 2014
EHHH....betul ke tidak Pak Brahim ni? atau ada udang di sebalik batu? Menjadi ke taktik yang disarankan oleh Pak Brahim ni yang mengalu-alukan Gerakan supaya menggunakan gambar beliau bersama calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai kempen menolak calon parti itu. Kata Pak BrahimI strategi yang sama dilakukan oleh PKR dan DAP dalam pilihan raya kecil DUN Kajang dengan tersebarnya sepanduk gambar pemimpin NGO itu bersama calon BN/MCA.  Kononnya bertujuannya (mencetuskan) provokasi bagi pengundi Cina (supaya) marah MCA/BN kerana bersama PERKASA.  PERKASA rasis dan anti-Cina. Macamlah DAP tidak rasis. 

Bila gambar Dyana, calon DAP bergambar dengan Pak Brahim (gambar atas), musuh DAP bersama ibunya Yammy, gambar ini benar. Bukan fitnah atau superimpose.  Logiknya pengundi Cina marah dan tidak akan undi calon DAP, kerana DAP ada hubungan dengan PERKASA, kata Pak Brahim lagi. Samada tektik yang digunakan oleh Pemimpin PERKASA ini menjadi atau memakan diri sendiri, kita tunggu. Bagi IBM, kalau Pak Brahim kata dia bijak. DAPigs ni lagi bijak. Parti rasis le katakan. Cuma pemimpin-pemimpin melayu DAP yang kurang bijak menghidu strategi dan agenda DAP yang sebenarnya. Wasallam ~ IBM
"BACALAH..YANG INI PUN TAK KENA BAYAR. PERCUMA DULU, KINI DAN SELAMANYA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...