HARAP maklum. Ini bukan IBM kata, tapi Khalid gagap kata dan mengaku sendiri. Katanya, tidak semua ahli PKR baik kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan tersebut ketika diminta mengulas tentang laporan penahanan seorang ahli PKR kerana cubaan meminta rasuah. Bagaiamanapun, calon Timbalan Presiden PKR itu menyeru mana-mana pihak yang mempunyai bukti ahli parti itu terlibat dalam kegiatan rasuah supaya mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Khalid berkata, PKR berpendirian tegas menolak amalan rasuah dan menyifatkan tindakan itu mencemarkan imej parti, terutamanya ketika menjalani proses pemilihan. Kalau sesiapa tahu benda itu (rasuah) berlaku, buatlah laporan supaya ia boleh diselesaikan, janganlah kita buat cerita mahupun fitnah.
![](http://3.bp.blogspot.com/-41Oha3bXWJs/U4GxKUIPufI/AAAAAAAAdhM/Q4-sHckubaY/s1600/PKR+RASUAH+002.jpg)
Sudah pasti mereka akan sangkal dan terus menipu rakyat bahawa PKR adalah parti membela rakyat, telus, berintigrati dan berwawasan. Tapi....lhatlah apa sudah jadi dengan pemilihan parti mereka pada tahun ini? Berceramuk, bercelaru, penuh dengan penipuan, ala gangster, semuanya ada. Maka, fikirlah sendiri dan buatlah pilihan sendiri samada masih nak menyokong Parti Kelentung Rakyat ini. Wasallam ~ IBM