PESAWAT MH1348 milik Malaysia Airlines yang disambar petir selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada Selasa. MAS dalam satu kenyataan berkata pesawat berkenaan disambar petir ketika dalam penerbangan. Pesawat tersebut kemudiannya segera diperiksa dan dibenarkan berlepas. Pesawat tiba di Kuala Lumpur dan meneruskan penerbangan mengikut jadual tanpa sebarang masalah, menurut MAS dalam satu kenyataan. Pesawat MAS direka mampu bertahan daripada panahan peitr dan boleh mengalirkan cas elektrik melalui sistem keselamatan yang terdapat dalam pesawat.
Keselamatan dan keselesaan penumpang adalah keutamaan MAS, menurut kenyataan itu. MH1348 berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.5 pagi dan dijadual tiba di Langkawi sejam kemudian. Insiden berkenaan mula kecoh di laman sosial apabila penumpang pesawat MAS menceritakan pengalaman yang menakutkan melalui akaun Instagram. Pengguna yang menggunakan nama Haswendy, turut memuat naik sekeping gambar pesawat tersebut di akaunnya.
* Macam-macam musibah menimpa MAS sejak akhir-akhir ni. Belum pun reda akan kehilangan MH370, berlaku pulak yang ini. Kena mandi bunga nampaknya MAS ni. Apapun, itu mungkin secara kebetulan. Jangan patah semangat wahai pengurusan MAS. Teruskan khidmat mu. Wasallam * ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH. BACALAH APA YANG ADA KAT SINI"