KUALA LUMPUR : Felixia Yeap mengakui banyak lelaki yang mendekatnya yang terdiri daripada lelaki Melayu termasuk dalam kalangan ustaz setelah berhijab. Berbanding dahulu, katanya lelaki yang mendekati beliau pada kali ini mengajak berkahwin, bukan sekadar mahu memuaskan nafsu. "Ada juga ustaz yang berminat terhadap saya,” ujarnya dipetik Kosmo online. Menurut bekas model berusia 27 tahun itu, seperti mana memakai hijab bukan kerana seorang lelaki, justeru dia juga tidak mahu memeluk Islam kerana mahu dinikahi seorang lelaki Islam.
“Sebaliknya, saya lakukan semua perkara atas kerelaan sendiri,” katanya yang mahu memeluk Islam pada Ramadhan ini. Sehubungan itu, jika tiba waktu berkahwin kelak, beliau berdoa agar iman suaminya lebih tebal daripadanya untuk membimbingnya menjadi isteri dan muslimah yang baik. "Saya tidak mahu Allah membalikkan hati saya semula dengan tidak mempunyai kepercayaan terhadap agama," ujarnya lagi. Justeru, Felixia memerlukan seorang lelaki yang benar-benar beriman kerana Allah SWT. SUMBER - AntaraPos.
* Kalau betul ada ustaz yang minat dan tergila-gilakan pada si Felixia ni, apa le salahnya. Tapi, kena hati-hati le sikit. Sekarang ni ramai beno yang mengelarkan diri depa ustaz. Tulin ke atau palsu, diorang je yang tahu. Apapun, mari kita sama-sama doakan agar Flexia dapat bertemu jodohnya dan bersuamikan orang-orang yang betul beriman kepada Allah swt. Aminn. Wasallam * ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Semoga Felixia Yeap menjadi seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW yang bertakwa kepada tuhan Esa iaitu ALLAH SWT. Amin..
ReplyDeleteibm ~ Asal Bukan DAP (ABDAP),
DeleteAMINNN!
Nak nikah sama Felicia ni biar ikhlas dan tanggungjawab wahai lelaki Melayu Islam.Jangan persia siakan dia.Jangan pula dah berumahtangga gila wanita lain pulak.
ReplyDelete