DENGAN potongan harga menarik yang ditawarkan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia membuatkan pelancong tidak sabar merancang percutian mereka. Dengan tawaran istimewa daripada AirAsia X, penolong pengurus Telekom Malaysia, Mohd Basir Mohd Radzali, 25, berkata dia bakal meraikan ulang tahun hari jadinya di Perth pada Februari tahun hadapan. Harga tiket balik, termasuk cukai lapangan terbang bagi destinasi itu ialah RM577. "Saya baru sahaja merancang percutian selepas promosi tambang itu diumumkan. Saya telah membuat perbandingan dengan beberapa syarikat penerbangan. AirAsia X menawarkan harga tiket yang paling murah," kata Mohd Basir.
Pembantu peribadi Lee Yuen May, yang melancong kurang daripada tiga kali dalam tempoh setahun, berkata dia memperolehi tawaran tiket yang menarik daripada MAS. Lee, yang akan melancong pada pertengahan Oktober berkata dia sedang merancang untuk pergi ke London. "Saya mengambil peluang daripada tawaran istimewa itu dan hanya perlu membayar RM3,000, termasuk cukai dan insurans," katanya. Seorang pereka web, S. Sanjana,30 berkata dia teringin membawa keluarganya pergi bercuti ke luar negara, dan impiannya itu bakal terlaksana apabila dia dapat membawa keluarganya bercuti ke Maldives, November ini.
Awal tahun ini, harga tiket yang ditawarkan ialah RM8,000 untuk dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Dengan tawaran yang dibuat oleh MAS, hanya RM4,000 perlu dibayar dan ia merupakan tawaran yang benar-benar istimewa," katanya. SUMBER : MSTAR
* Satu persaingan yang sihat di antara dua Syarikat Penerbangan negara. IBM rasa ramai yang nak pergi cuti-cuti sambil cari makan. IBM pun rasa nak bawak family jalan-jalan makan angin. Tapi, ke mana ye? Tengah fikir ni. Apapun cepat buat tempahan. Siapa cepat , dia dapat. Jommmmm. Wasallam * ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. IKHLAS NI"