SHAH ALAM : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengambil keputusan untuk menarik balik sijil halal bagi kedua-dua produk Cadbury yang mengandungi DNA khinzir serta-merta. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha (gambar kanan), siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenal pasti punca pencemaran tersebut. Kami ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, selepas sijil pengesahan halal, pemeriksaan akan dibuat secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan.
Ini bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Dalam pada itu, pihak pengeluar produk, Cadburry Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan untuk menarik balik produk terbabit dari pasaran dengan serta-merta. SUMBER : ANTARAPOS
* Seperti yang IBM kata di dalam enteri IBM pagi tadi, jangan beli, boikot je produk Cadbury ni kerana ianya menyusahkan umat Islam amnya. Elok sangatlah apabila JAKIM serta-merta tarik balik sijil halal yang mereka keluarkan. Kalau tidak kes naya kita. Makan makan yang tidak halal. Apapun, pihak JAKIM haruslah terus memantau supaya produk Cadbury ini tidak terdapat di pasaran, khususnya di Pasar-pasar raya. Harap maklum. * Wasallam ~ IBM