PENANTIAN selama 22 tahun untuk membawa Piala Thomas sebenarnya sudah dalam gengaman. tapi, ianya terlepas begitu sahaja. Mana silapnya? Ekoran dari prestasi pemain-pemain badminton negara yang begitu terserlah, timbulkah gelaran 'gergasi' badminton dunia terhadap Malaysia. Tapi, layakkah gelaran tersebut buat masa ini? Mari kita renungkan :
Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria menyifatkan kejayaan skuad Piala Thomas negara mara ke final di New Delhi, India hanyalah satu permulaan dan ia tidak akan terhenti sehingga matlamat sebenar dicapai. Beliau berkata, apa yang dikecapi kali ini tidak akan membuatkan badan induk itu berpuas hati dan satu bedah siasat dilakukan dalam masa terdekat bagi memastikan segala kesilapan dapat diperbaiki.
BERAPA TAHUN LAGIKAH NEGARA AKAN BAWA BALIK PIALA THOMAS KE MALAYSIA?
Katanya, badan induk itu mempunyai rancangan jangka panjang untuk memastikan negara kembali bergelar gergasi badminton dunia, namun ia tidak boleh dilakukan dalam masa singkat. Bagi pandangan IBM, elok di perbetulkan dahulu masalah dalaman BAM itu sendiri. Dari segi pemilihan para pemain pun kita dah dengar bermacam-macam hal. Pilih kasih, pilih bulu, bermacam-macam lagi. Pada hari final Piala Thomas tersebut, jika betul pemilihan dan percaturan BAM akan permainan perseorangan ketiga (penentu), IBM rasa, kita sudah boleh tersenyum dan bawa balik Piala Thomas ke Malaysia. Hampa lagi.....kerana kelemahan dari BAM itu sendiri. Salah jurulatih? Tepuk dada tanya sendiri. Wasallam ~ IBM