PENYELUDUPAN DIESEL SUBSIDI
Berita di bawah ini menjurus kepada rasa tamak-haloba, tidak amanah dan gila kerana cepat nak jadi kaya. Hasilnya apa? Tuhan tidak mengizinkanya. Memang dia licik, tapi akhirnya terbongkar juga. Kini menunggu pihak yang berwajib akan bertindak. Ambil iktibar dari kesah benar ini supaya kita tidak terjebak dan mengikut jejak langkah si pengkhianat ini :
![](http://3.bp.blogspot.com/-AVVJHg3lYGU/U4adcexD7fI/AAAAAAAAeA0/Rj-7OHiiDYg/s1600/10354677_317428018410695_2510450097939035904_s.jpg)
Bernama melaporkan Mohd Shukri berharap setiap kementerian yang terbabit dapat memastikan bahagian penguat kuasa yang menjaga minyak diesel menjalankan tangungjawab dengan amanah. Saya tidak mahu kata mana-mana kementerian yang terlibat, ambillah tangungjawab masing-masing, siapa makan cili dia rasa pedas, katanya. Selain itu beliau berkata sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula dasar pemberian diesel bersubsidi bagi mengekang kes penyeludupan.Cadangan itu pernah dinyatakan SPRM sebelum ini dan pihaknya bersedia untuk membantu dalam memberikan sebarang bentuk idea. Moralnya, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. Wasallam ~ IBM