Tuesday, May 20, 2014

ISU TAK PAKAI TUDUNG, ISMAIL MINA TEMPELAK CALON PAPET DAP, DYANA SOFYA

SELASA, 20 MAY 2014
APAKAH calon Melayu DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud layak dijadikan wakil wanita Melayu Islam?, soal Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad. Ismail berkata dari awal lagi Dyana melanggar syariat Islam apabila memilih untuk tidak menutup auratnya. Malah hujah peguam muda untuk tidak mengenakan tudung kerana 'ia adalah perkara biasa masa kini' langsung tidak boleh diterima. Kembali kepada soal tudung bahawa ia sudah di ijma bagi wanita wajib menutup kepala (pakai tudung). Ini sudah diijma bahawa wajib setiap wanita muslim yang berakal baligh menutup kepala dia, katanya.
 
Jadi, kalau menolak benda ini (memakai tudung), kalau menolak ijma...tak pakai satu bab tapi jangan menolak. Macam orang tak solat, dia tak sembahyang tetapi dia tidak menolak tentang kewajipan solat. Dia tak pakai tudung mungkin kerana kelemahan iman dia tapi jangan tolak kewajipan memakai tudung,ujarnya. Justeru Ismail berkata Dyana tidak layak dilabel sebagai wakil kepada pengundi wanita Melayu yang beragama Islam.
 
Oleh kerana Dyana seorang calon, maka Ismail berfikiran bahawa masyarakat Islam terutamanya faham-faham sajalah siapa orang ini (Dyana) yang sebenarnya. Papet DAPigs...bagi IBM itu sudah tentu. Melayu mudah lupa, mudah dipengaruhi dan mudah diperkuda-kudakan. Anda diluar sana melayu yang bagaimana? Tak payah jawab. Simpan jawapan itu, tepuk dada tanya selera masing-masing. Wasallam ~ IBM
"BACA JANGAN TAK BACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...