Friday, May 23, 2014

KERENAH ABU BACKER SEMASA BERKEMPEN MENJADI TUMPUAN RAMAI.....

JUMAAT, 23 MAY 2014
SELEPAS mencetuskan pelbagai kontroversi menerusi adegan drama lakonannya, calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan terus mencuri tumpuan media apabila menggunakan karavan yang terpaksa ditarik trak penunda untuk berkempen. Bukan itu sahaja, malahan karavan itu diiringi seekor kuda yang ditunggangi pembantunya. Terbaharu, beliau menghantar mesej menerusi aplikasi Wassapp kepada media kira-kira pukul 8.53 pagi Jumaat memberitahu akan kembali berkempen selepas selesai solat Jumaat. Menurutnya, kempen tersebut akan diadakan di sekitar kawasan Farlim, Desa Mawar di Air Itam menggunakan sebuah karavan yang dihiasi posternya.
Tinjauan mStar Online mendapati, karavan tersebut  diletakkan di tepi Jalan Magazine di hadapan hotel penginapan peguam berusia 46 tahun itu. Abu Backer ketika dihubungi memberitahu karavan tersebut mengalami kerosakan dan beliau tetap akan berkempen dengan mendapatkan khidmat trak penunda untuk menggerakkan kenderaan itu. "Sekarang karavan dan ada kat bawah hospital. Saya akan terus berkempen walaupun karavan saya rosak dan akan digerakkan oleh trak penunda, katanya. Beliau turut menafikan dakwaan karavan tersebut ditunda Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Mengenai kesihatannya yang dikatakan menghidap jangkitan paru-paru, Abu Backer berkata, beliau masih dalam pengawasan doktor kerana belum pulih sepenuhnya. "Saya patutnya keluar dua hari lagi tapi demi rakyat saya sanggup ambil risiko," katanya. Beliau dimasukkan ke hospital tersebut malam Rabu selepas mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang. Pada Khamis, tindakan Abu Backer memilih media tertentu sahaja untuk diwawancara menyebabkan beliau dikecam. Beliau seolah-olah cuba mempermainkan media apabila tidak muncul pada sidang media yang dijanjikan akan diadakan di lobi hospital swasta itu. SUMBER : MSTAR
*  IBM salute habis kat Abu Backer ni. Dengan semangatnya yang berkobar-kobar, dia tidak peduli apa yang akan berlaku. Abu Backer terus berkempen tanpa rasa penat walaupun beliau sendiri dapat rasakan bahawa kemenangan jauh sekali. Cara beliau berkempen mendapat perhatian dari orang ramai. lain dari yang lain. Syabas Abu Backer, teruskan perjuangan. Manlah tahu kot-kot ramai insan yang bersimpati dan kejutan boleh berlaku. Wallah wa'alam. Wasallam  * ~ IBM
"MEMBACA TIDAK KIRA USIA, TUA ATAU MUDA. BANYAK MEMBACA BANYAK MENAFAATNYA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...