Monday, May 26, 2014

RAYER MEMALUKAN KAUM INDIA

ISNIN, 26 MAY 2014
ISU mencelakan UMNO masih panas, belum reda. Malah, kaum india sendiri merasa kesal di atas keceluparan dan kebiadapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer menggelarkan UMNO sebagai ‘celaka’ telah memalukan dan mencemarkan nama baik seluruh masyarakat India di negara ini. Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, sebagai rakyat di sebuah negara yang berbilang kaum, Rayer tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan keterlaluan seperti itu kerana mampu memberi kesan tidak baik pada negara. Malah tegas Nallakaruppan, perlakuan tersebut juga akan menyebabkan rasa saling menghormati antara kaum yang diamalkan selama ini akan terhakis. 

Tidak patut satu (seorang) India yang ada dalam negara ini cakap macam itu, kita semua kaum India amat malu. Negara ini bukan satu bangsa yang duduk tapi pelbagai bangsa. Ada Melayu, Cina dan India. Jadi kita kena hormat semua bangsa dan bukan bertindak sebegitu. Kawan-kawan Melayu saya pun bising, satu India sudah rosakkan nama semua India, katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan hamper kepada ibu tunggal dan warga emas kawasan Parlimen Teluk Intan di Bilik Gerakan MIUP di sini hari ini. 

Jadi, adakah kita orang-orang UMNO masih menunggu si Rayer celaka tu memohon maaf secara terbuka atau lupakan saja isu tersebut? Kan apa, segala langkah yang dibuat oleh ahli-ahli UMNO yang memprotes isu tersebut mendapat tentangan dari pihak yang berwajib, apatah lagi dari Pakatan Pembangkang sendiri. Mereka (pembangkang) di lihat seolah-olah dilindungi dan kebal. Siapa yang menyentuh mereka akan ke dalam. 

Maka, ini memberi kelebihan kepada pembangkang. Esok, lusa, tulat depa buat lagi, menghina, memaki dan bermacam-macam lagi provokasi terhadap kaum melayu. Ketiadaan ISA juga memberi advantage kepada mereka. Kepada kaum melayu, bangkitlah, bersatulah. Jangan kerana berpolitiking, agama, bangsa dan negara tergadai. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Wasallam ~ IBM

1 comment:

  1. kalau dh begini keadaannya, dimana bantahan melayu sentiasa terhalang dan dihalang oleh pihak berwajib maka ada baiknya ambil tindakan balas dalam bentuk penghinaan. jika rayer mencelakakan umno, umno celakakanlah balik sirayer. hinalah dia sesuka hati. tak perlu demo dan bantahan bagai, buang masa. maki dan sumpah seranah si rayer sudah memadai. gunalah apa2 perkataan yg ada niat menghina. lagi dahsyat lagi bagus sebab hati puas. lepas itu kita kembali hidup seperti biasa dan bekerja mencari rezeki untuk anak bini. jika ada implikasi akibat tindakan hina balas tersebut, biarlah pihak berwajib yang tanggung. ok ke macam tu.... bukan nk jadi batu api, maksud aku buatlah sesuatu yg ada kebaikan. asyik bantah sana bantah sini, demo sana demo sini. buang masa je. di pihak pembangkang, takde kesanpun. takkan nak berpolitik 24/7, 365/12? letih la....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...