DELIMA seorang mualaf yang kehilangan hak penjagaan kedua orang anaknya. Apakah ada jalan penyelesian setelah Mahkamah menolak hak penjagaan anaknya dan Mahkamah memberi hak tersebut kepada bekas isterinya yang beragama Hindu. Malanglah nasib kedua-dua anak itu :
![](http://4.bp.blogspot.com/-QZQwGYhn5FM/U4R-LLhuT6I/AAAAAAAAd04/EA1Mjrr6DlU/s1600/berita-mahkamah-118x105.png)
Deepa membuat laporan polis tetapi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak akan campur tangan memandangkan arahan penjagaan anak tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dan sivil. Pada 7 April, Mahkamah Tinggi Seremban mengarahkan hak penjagaan kedua-dua anak yang memeluk Islam diberikan kepada Deepa. Hakim Datuk Zabariah Mohd juga membenarkan permohonan Deepa untuk membatalkan perkahwinan sivil dengan Izwan kerana bekas suaminya sudah memeluk Islam. Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut menyebabkan perintah Mahkamah Syariah pada awal tahun lalu terbatal, di mana hak penjagaan anak diberikan kepada Izwan yang memeluk Islam pada 2011. Hakim menjelaskan permohonan Deepa dibenarkan kerana mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa dalam perkara itu untuk memberikan hak penjagaan dan membatalkan perkahwinan pasangan itu. Beliau berkata Mahkamah memberi kebenaran lawatan terhad tetapi tidak dibenarkan bermalam di situ.
Disember lalu, Deepa memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas dua anaknya dibawa memeluk Islam oleh suaminya pada 2011 serta membatalkan perintah jagaan oleh Mahkamah Syariah. Kerani berusia 30 tahun dari Jelebu berkata suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori, N Viran, 30, meninggalkan dia dan anak-anaknya tiga tahun lalu dan tidak pernah membantu mereka secara kewangan. Beliau dikatakan memeluk agama Islam dan selepas itu menukar agama dua anaknya, Sharmila (Nurul Nabila), 9, dan Mithran (Nabil), 6, tanpa pengetahuannya isterinya pada April tahun lepas. Deepa kemudian mendapat tahu Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan anak kepada bekas suaminya. Beliau juga membuat laporan polis kerana tindakan menukar agama dua anaknya tersebut menyalahi undang-undang. Deepa, yang dibantu oleh pertubuhan bukan kerajaan, Women's Aid Organisation, belum memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengisytiharan penukaran agama bawah umur oleh ibu bapa sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan. Betulkah tindakan Mahkamah itu? Walaahw'alam ~ IBM