SEORANG lelaki yang menyamar ahli politik dan menipu seorang peniaga berkaitan pelaburan Skim Bantuan 1Malaysia antara Februari hingga Mac tahun lalu dihukum penjara 24 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah terhadap tuduhan itu. Mahkamah menetapkan hukuman bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 6 Mei lalu. Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap M Dhilip Kumar, 31, selepas meneliti semua fakta kes dan eksibit dikemukakan di mahkamah serta menimbangkan rayuan tertuduh serta hujah pihak pendakwaan.
Dhilip Kumar mengikut kertas tuduhan didakwa dengan curang memperdaya mangsa C Prakash, 31, membuat pelaburan dengan tujuan mendapatkan bantuan kerajaan iaitu Skim Bantuan 1Malaysia kepada peniaga India sedangkan ia tidak benar. Akibatnya, mangsa mendepositkan RM9,600 dalam akaun bank milik tertuduh dan perbuatan itu dilakukan di sebuah kedai di Taman Seruling Jaya, Seremban antara 27 Februari hingga 28 Mac 2013. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, sebatan dan denda.
Terimalah akibatnya kerana nak cepat kaya. Insidennya ini juga sedikit sebanyak mencemar dan memburukan nama orang politik. Tangkapan orang ramai bahawa orang politik ni jahat dan tidak boleh dipercayai. Tapi, IBM yakin tak semua orang akan berkata demekian. Terlalu banyak jasa orang politik ni. Jangan dik seorang dua yang buat hal, semua orang politik mendapat busuk nama. Yang menyamar ni, dan telah di jatuhkan hukum jel, selamat menjalani hukuman penjara. Lain kali jangan buat lagi. wasallam ~ IBM