SUDAH terang lagi bersuluh. Dengan erti kata lain, kesilapan yang mereka lakukan begitu ketara, tapi mereka menidakkanya. Itulah wajah dan kerekter pembangkang sebenarnya. Perbuatan menghasut semasa berceramah yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat mereka pertikaikan di dalam Mahkamah apabila mereka di dakwa. Mereka lantang minta supaya Mahkamah membatalkannya. Cukup..cukup licik mereka-mereka ini, tapi belum cukup membutakan Mahkamah :
![](http://2.bp.blogspot.com/-dnX8qV6X6pY/U4dzrZgDlCI/AAAAAAAAeIU/vm1obM5kFKY/s1600/berita-mahkamah-118x105.png)
Pada 29 November 2013, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Tian Chua, yang juga anggota Parlimen Batu, bagi membatalkan pertuduhan menghasut berhubung kenyataannya berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pertama Tian Chua, Adam Adli dan Hishamuddin untuk membatalkan pertuduhan itu selepas memutuskan ia pramatang serta tidak mempunyai merit. Bagaimanapun, pada 5 Mac lepas, ketiga-tiga tertuduh sekali lagi memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan itu.
Tian Chua atau Chua Tian Chang, 51, Adam Adli, 25, dan Hishamuddin, 62, didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di Kuala Lumpur antara 8.55 malam dan 11.55 malam pada 13 Mei tahun lepas.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan. Elok beno le tu. Ikut boss korang, Nuar Brahim yang tak lama lagi akan ke penjara. Wassalam ~ IBM SUMBER – Bernama