Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menuntut supaya seorang penulis blog memohon maaf kerana menyiarkan artikel dalam blognya menuduh beliau mengamalkan rasuah. Peguam Perdana Menteri itu, Davinder Singh menghantar surat kepada Roy Ngerng Yi Ling, semalam memintanya menarik keluar artikel berkenaan bersama pautan daripada laman sosial Facebook Ngerng dan menyiarkan permohonan maaf itu, sebelum Rabu ini. Katanya, tuduhan yang dibuat oleh Ngerng itu pada 15 Mei lalu adalah palsu dan tidak berasas. Artikel itu bermaksud dan difahami sebagai mendakwa Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura dan Pengerusi Perbadanan Pelaburan Kerajaan Singapura (GIC) melakukan jenayah dengan menyalahgunakan wang yang dibayar rakyat Singapura kepada Kumpulan Wang Pusat (CPF)," kata Singh dalam sepucuk surat. GIC adalah tabung pelaburan kerajaan yang menguruskan lebih 100 bilion rizab asing negara ini.
![](http://2.bp.blogspot.com/-6299lfadCSQ/U3q31vpYZbI/AAAAAAAAc6c/-gadnPGUCfY/s1600/Lee+Hsien+Loong+Singapore.jpg)
* Alahai. Itu baru sikit. Taklah tulisan seringkas itu pun nak marah, suruh minta dan nak saman. Sporting le sikit Lee oii. Ingatkan Perdana Menteri Singapork ni bersikap terbuka dan rela dikritik. Tapi, tak pulak di beritahu blogger tu dari mana. Malaysian ke Singaporean? Lantak ko le Singapork. Kalau macam tu, mana ada kebebasan bersuara buat Singapore. Apa kata anda semua? * Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"