BUKAN dengki, iri hati, tapi bila mengenangkan tingkah laku seorang ahli UMNO yang berpaling tadah menyokong calon parti lawan, walaupun calon tersebut anaknya sendiri, membuat NGO Veteran UMNO geram sekali gus mendesak parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan. Setiausaha agung NGO tersebut (tak payah sebut nama) berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti. Kalau beliau (Yammy) masih ahli UMNO, maka tindakan untuk kempen calon bukan daripada parti BN adalah menyalahi tata etika parti, sama ada dia keluar parti atau pun UMNO mesti pecat dia. Tiada guna simpan ahli sepertinya kalau beliau sendiri terang-terangan menjejaskan kredibiliti dan menghina parti.
Sebelum terlambat, Veteran UMNO mendesak Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor segera memecat Yammy daripada UMNO, katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. Katanya, NGO tersebut tidak mempersoalkan sentimen Yaamy sebagai ibu, namun anggota UMNO itu harus keluar parti sekiranya benar-benar mahu berkorban untuk Dyana. Oleh itu, tinggalkan UMNO, teruskan berjuang menyokong parti Cina yang rasis kononnya parti untuk semua kaum. Podahhh! Jangan cakap tak serupa bikin la DAPigs. Dalam pemilihan GCE DAP, (masih tertangguh) berapa ramai calon melayu yang menang bertanding dan diterima menduduki jawatan tertinggi GCE? Cuba semak semula. Fikir-fikirkan wahai melayu DAP. Jangan jadi seperti 'Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-Sorong' atau jadi seperti kerbau ditarik hidung sepanjang masa. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"