Friday, May 30, 2014

POLIS BURU SUSPEK KES TEMBAK DI SUNGAI BULOH

JUMAAT, 30 MAY 2014
JENAYAH terus berlaku dan ianya seperti sukar dibendung. Dimana silapnya dan salah siapa? Pihak yang berwajib perlu duduk dan mengkaji mengapa jenayah seperti tembak-menembak ini berluasa sekarang ini. Dan perlu juga dikaji dari mana penjenayah tersebut mendapatkan senjata api untuk membunuh. Bertindak sebelum ianya menjadi lebih parah, kerana jenayah seperti ini adalah musuh negara : 

PETALING JAYA: Pihak polis kini memburu seorang bekas tahanan Ordinan Darurat, Rajthevan Rajamanikam yang melarikan diri selepas menembak mati seorang lelaki di sebuah kuil di Kuang Sabtu lalu. Rajthevan,41, dipercayai telah meninggalkan Selangor selepas kejadian itu. Kami percaya dia telah meninggalkan kawasan Lembah Klang bagi mengelak dirinya ditangkap, jelas Ketua Polis Daerah (OCPD) Sungai Buluh Superintenden (Supt) Junaidi Bujang. Junaidi menggesa kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek ini tampil menghubungi pihak polis. 

Beliau berkata, Rajthevan yang digelar "Thundercat" sebagai gangster pernah ditahan di Penjara Simpang Renggam beberapa kali. Adik mangsa berumur 14 tahun yang dilaporkan pernah bercinta dengan suspek ini turut dipanggil untuk membantu siasatan. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi hotline polis di 03-2052 9999 atau terus ke balai polis yang terdekat. Bantuan dan maklumat orang awam amat-amat diperlukan demi untuk membasmi atau membenters jenayah seperti ini. Wasallam ~ IBM SUMBER BERITA - mstar
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...