Wednesday, June 15, 2011

Dengar nasihat Polis, hentikan 'Perhimpunan Bersih'

DARI MEJA IBM :
ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA

Ambiga Sreenevasan - Pengerusi penganjur bersih

Polis meminta penganjur Perhimpunan Bersih yang dicadangkan berlangsung pada 9 Julai ini supaya membatalkannya kerana ia mengancam keselamatan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar amat khuatir dengan keselamatan dan ketenteraman awam yang akan tergugat, dan aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan ekoran daripada perhimpunan itu.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri seminar bersama Ketua Polis Daerah di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini, beliau berkata polis tidak akan mengeluarkan sebarang permit untuk perhimpunan itu.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 418 laporan diterima daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, pengusaha kereta sewa dan pengusaha pelancongan yang membantah perhimpunan itu diadakan.

Khalid berkata, polis juga menerima laporan bahawa pada hari yang sama, terdapat kumpulan lain yang berlainan ideologi merancang untuk adakan perhimpunan. Ini mengundang kebimbangan sekiranya berlaku pertembungan antara dua kumpulan, katanya.

Beliau berkata, polis akan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk membuat tangkapan sekiranya perlu.

KOMEN IBM : TANGKAP DAN SUMBAT KEDALAM LOKAP, DAN KENAKAN AKTA 'ISA'. APA MEREKA INGAT NEGARA KITA TAK ADA UNDANG-UNDANG KE ?

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...